Bekas penyerang Negeri Sembilan, Bruo Suzuki sah menyertai pasukan Terengganu FC II bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Perpindahan ini disahkan oleh pihak Terengganu FC II menerusi laman medis sosial Facebook mereka sebentar tadi. Pemain kelahiran Brazil berdarah Jepun ini berjaya menjaringkan 11 gol dalam saingan Liga Perdana bagi Negeri Sembilan musim lalu.


Sumber Gambar: Terengganu FC II

Pemain ini nyata menyerlah pada permulaan musim 2017. Beliau menjadi nadi utama pasukan Negeri Sembilan yang menduduki tangga pertama pada separuh masa pertama musim 2017. Namun prestasi beliau sedikit merudum pada separuh masa kedua musim 2017. Beliau hanya menjaringkan 3 gol sehingga tamat musim 2017.

Bruno Suzuki akan menyertai seorang lagi penyerang import, Akanny Sunday Wasiu yang dibawa masuk daripada pasukan UiTM FC. Terengganu FC II akan bertindak sebagai “feeder team” bagi pasukan Terengganu FC I yang bermain di saingan Liga Super. Kami berpendapat bahawa Terengganu FC II memilih pemain yang sesuai kerana Bruno sudah biasa dengan persekitaran bola sepak Asia Tenggara. Selain bermain di Malaysia, Bruno juga menghabiskan 5 musim bermain di Liga Singapura.

Leave a Reply