Pemain ini pernah digelar sebagai “Neymar” Malaysia dek kerana gaya permainan beliau yang mirip dengan pemain termahal dunia ini satu ketika dulu. Beliau juga pernah disenaraikan dalam 10 pemain terbaik Asia pada 2012 oleh salah satu laman sukan terkenal di dunia iaitu ESPN. Nama beliau sejajar dengan Sinji Kagawa, Omar Abdul Rahman, Yuto Nagatomo, Amjad Radhi dan dua lagi pemain dari Asia Tenggara iaitu Teerasil Dangda dan Bambang Pamungkas. Beliau adalah Rozaimi Abdul Rahman.

Rozaimi memulakan karier bola sepak beliau bersama paskan Piala Presiden Sabah pada 2010 hingga 2012. Beliau kemudiannya diserap masuk ke dalam pasukan utama Sabah. Aksi cemerlang Rozaimi menarik minat pasukan gergasi Liga Super iaitu Selangor pada pertengahan musim 2013. Pasukan Selangor memutuskan untuk meminjam Rozaimi selama separuh musim. Beliau berjaya menjaringkan 6 gol sepanjag tempoh tersebut. Setelah mewakili Selangor, Rozaimi dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee bagi menyertai pasukan Harimau Muda pada 2013.

Pada kempen kelayakkan Piala Asia bawah 22 tahun pada 2013, Rozaimi menjadi nadi utama pasukan negara ketika itu, Rozaimi berjaya menjaringkan 4 gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 7-0. Beliau juga menjaringkan 2 gol ketika Malaysia menewaskan Taiwan. Ketika Malaysia menentang Vietnam, Rozaimi berjaya menjaringkan hatrik. Meskipun Malaysia tidak layak ke kejohanan tersebut, namun Rozaimi berjaya menamatkan kempen selaku penjaring terbanyak. Aksi cemerlang beliau menarik minat beberapa pasukan ketika itu antaranya BEC Tero Sasana dan juga kelab Portugal, S.C. Beira Mar.

Setelah tamat tempoh beliau bersama Harimau Muda, beliau kembali ke pangkuan Sabah. Namun, semua yang indah tidak kekal lama. Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama sepupu beliau pada April 2015 di Kota Kinabalu. Rozaimi terselamat tetapi sepupu beliau, Awangku Mohd Farris meninggal dunia.

Ketika dalam proses pemulihan pada penghujung 2015, Johor Darul Ta’zim memutuskan untuk menandatangani beliau. Ketika beliau sudah pulih sepenuhnya, Rozaimi ditimpa kecederaan ACL pada 21 Jun yang menyebabkan beliau terlepas keseluruhan musim 2016. Bermulanya musim 2017, beliau diletakkan dalam pasukan Johor Darul Ta’zim II.

Kami pasti peminat bola sepak Malaysia pasti merindui aksi lincah beliau di atas padang. Gelecekan dan juga “finishing” beliau pernah memberi harapan kepada peminat bola sepak Malaysia satu keita dulu. Kami berharap Rozaimi akan menemukan kembali sentuhan magis beliau dan mewakili pasukan kebangsaan satu hari nanti.

Baca Juga: Peluang Untuk Pemain Baru Menyinar

Leave a Reply