Tahun 2017 semakin menutup tirainya, tinggal lagi beberapa hari saja lagi nak masuk tahun 2018, dekat sini penulis nak kongsi sikit lah, seperti yang kita semua tahu skuad kebangsaan bawah 23 tahun telah membuat kita semua bangga dengan pencapaian yang mereka peroleh menjadi naib juara Sukan Sea 2017 dan layak ke saingan Piala Asia. Mereka lah penentu arah masa depan bolasepak kita. Syabas untuk mereka! Namun, korang tahu tak pemain-pemain ni buka saja berbakat tapi mereka juga hensem-hensem belaka tau! Perempuan pun cair tengok, untunglaaa ~

Okay lah tanpa borak panjang, berikut pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun yang paling hensem menurut penulis:-

5. Safawi Rasid

Foto Instagram @safawirasid29

Haa, berapa star korang nak bagi untuk pemain ni? Huhu.. penyerang muda yang berusia 20 tahun ini bukan saja memiliki tubuh yang tinggi, lebih kurang 173 cm sudah pasti menjadi idaman wanita di luar sana. Tetapi, dia ni rembat padu! Hati-hati jugak laa kat perempuan sana kot-kot korang yang kena rembat.

4. Irfan Zakaria

Foto Instagram @irfannzakaria

Jejaka Malaya!
Pemain kelahiran Kuala Lumpur ini juga memiliki ketinggian yang ideal, lebih kurang 180cm. Bermain di posisi pertahanan, pasti dia akan menahan hati-hati perempuan di luar sana untuk menjauhi dirinya.
Kuala Lumpur masuk Liga Super 2018! Tahun depan korang nampak lah muka dia main dekat tv.

3. Dominic Tan

Foto Instagram @dominictjj

Macam jejaka Korea  ~
Pemain center back ni bukan saja menghalang bola, tapi juga menjadi kegilaan wanita! Jom tengok komen yang dia dapat. Penulis tengok dia ni swag, maklumlah keturunan Singaporean.

2. Matthew Davies

Foto Instagram @mattdavies

Haa, yang ni jangan cakap laa! pure mat salleh. Tapi yang tak menahannya dia pun tak tahan sejuk. Ye laa, dah lama main dekat Malaysia, pergi je Korea suhu dah berubah. Pemain kelahiran Australia ini bermain di posisi right back, hantaran yang kemas. Perempuan jangan mintak hantaran pulak, kang dia bagi sebiji hantaran bola pusing!

1. Ifwat Akmal

Foto Instagram @mohdifwatakmal @kedahfa.my

Dia diving tu. Silap-silap dia juga akan dive ke hati perempuan di luar sana. Penjaga gol pasukan Kedah, paling terpenting skuad kebangsaan bawah 23 tahun dinobatkan sebagai player paling hensem tahun ini kerana menyelamatkan bola daripada membolosi gawang gol. Itulah sebenarnya kehensemman yang sebenar buat seorang pemain bolasepak.

Itulah pemain paling hensem sekadar pandangan penulis. Siapa pemain yang paling hensem menurut korang? Kongsikan di ruangan komen di bawah !

p/s: Ada artikel yang menarik? Jangan segan-segan pm kami untuk hantarkan artikel anda! Mana tahu karangan anda terpilih dan kami akan public kan di website dan laman sosial kami! #InikanBola

Leave a Reply