Pemain ini menjadi senjata utama pasukan Kedah ketika berusia 19 tahun. Aksi cemerlang beliau bersama pasukan Belia Kedah ketika itu menambat hati ketua jurulatih Kedah ketika itu, Azraai Khor Abdullah untuk menyerapkan beliau dalam skuad utama pasukan Kedah. Pemain ini juga merupakan pilihan utama bagi mengisi jentera serangan pasukan kebangsaan ketika dulu. Siapakah beliau ? Beliau adalah Khyril Muhymeen.

Khyril Muhymeen mula memperkenalkan diri beliau ke kancah bola sepak Malaysia apabila beliau berjaya membantu Kedah memenangi “double treble” pada musim 2007 dan 2008. Beliau membentuk gandingan mantap bersama penyerang import Kedah ketika itu, Marlon Alex James. Para peminat menyifatkan kedua-dua pemain ini sebagai mimpi ngeri pemain pertahanan lawan.

Hasil daripada prestasi cemerlang beliau, Khyril Muhymeen dipanggil oleh jurulatih Malaysia bawah 22 tahun ketika itu, B.Sathianathan untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka pada 2007. Khyril berjaya membantu Malaysia muncul juara dengan menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir. Namun pada 2009, ketika Malaysia menentang Kenya pada perlawanan persahabatan, Khyril mengalami kecederaan lutut yang serius. Kecederaan tersebut mengakibatkan Khyril kehilangan tempat dalam pasukan Sukan SEA 2009 dimana Malaysia meraih pingat emas.

Khyril berjaya pulih menjelang musim 2010. Akan tetapi, sentuhan beliau sudah tidak setajam sebelum beliau mengalami kecederaan lutut. Khyril hanya menjaringkan 4 gol dalam semua pertandingan sepanjang musim. Walaupun prestasi beliau tidak memberangsangkan, jurulatih kebangsaan ketika itu, Datuk K.Rajagopal masih lagi memberi kepercayaan kepada Khyril. Datuk K.Rajagopal tetap memanggil beliau untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala AFF Suzuki pada 2010 dimana Malaysia muncul juara dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir.

Khyril memutuskan untuk menyertai pasukan Negeri Sembilan pada musim 2015. Beliau hanya bertahan selama semusim dan menjarngkan 8 gol. Pada 2016, Khyril menyertai pasukan Air Asia FC dalam saingan Liga FAM setelah pengurusan Selangor sebelum itu menolak beliau daripada menyertai pasukan tersebut atas masalah kecergasan. Namun beliau sekali lagi gagal untuk mengembalikan sentuhan tajam beliau. Khyril hanya menjaringkan 6 gol sepanjang bersama Air Asia FC.

Pada musim 2017, beliau menyertai PKNS FC. Penyerang berusi 30 tahun ini jarang berada dalam kesebelasan utama PKNS. Kyril Muhymeen harus bersaing dengan seorang lagi penyerang negara, Safee Sali, Patrick Ronaldinho dan Fabio Ferreira. Bagi saingan 2018, masa depan Khyril masih lagi tidak pasti. Apa pandangan anda ? Adakah Khyril harus mencari pasukan baru atau kekal berjuang di PKNS ?

Baca Juga: 5 Pemain Bawah 22 Tahun Yang Layak Bermain Di Luar

Baca selanjutnya mengenai Khyril Muhymeen di sini

(Visited 2,931 times, 2 visits today)

Leave a Reply