Foto: Terengganu Football Club

Foto: Terengganu Football Club

Pasukan dari pantai timur, Terengganu FC mengorak langkah awal dalam aktiviti pra musim Liga Malaysia 2018 mereka dengan bakal berkelana ke luar negara.

Kemboja menjadi pilihan Terengganu FC dengan tiga buah kelab dari liga utama Kemboja, Cambodian League akan menjadi lawan mereka dalam siri perlawanan persahabatan.

Mereka dijadualkan akan berdepan Svay Rieng FC pada 6 Januari, diikuti menentang Army FC pada 8 Januari sebelum aksi terakhir mereka di Kemboja menentang Phnom Penh Crown pada 9 Januari.

Menurut laman rasmi mereka ‘Terengganu Football Club’, jelajah pra-musim ini bukan sahaja bertujuan untuk memastikan pasukan kita bersedia dari segi kecergasan fizikal dan mental di padang, namun ianya lebih untuk membina kemistri dan perhubungan antara pemain-pemain itu sendiri untuk membentuk sebuah rantai pasukan yang akrab dan mempunyai aura positif bagi mengharungi musim 2018.

Selepas pulang dari Kemboja, mereka akan beraksi dalam sebuah kejohanan pra musim yang diberi nama ‘Piala YAB Menteri Besar Terengganu’ yang bakal disertai oleh empat buah pasukan termasuk Terengganu FC II, Pahang dan Melaka United.

Leave a Reply