Sebagai pemain bola sepak profesional, sudah menjadi satu penghormatan besar apabila kita diberi jawatan sebagai ketua pasukan. Lebih istimewa lagi apabila kita diberi tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan kebangsaan. Dalam konteks skuad kebangsaan Malaysia, dalam masa 10 tahun terakhir, kita sudah melihat beberapa pemain diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan kebangsaan. Pemain seperti Khaironisam Shahabudin, Safiq Rahim, Shukor Adan, Amri Yahyah dan Aidil Zafuan telah menggalas tugas tersbeut. Dalam penulisan kali ini, kami akan menyenaraikan 5 pemain yang layak menjadi ketua pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

1. Adam Nor Azlin.

Sumber gambar: FourFourTwo
Pemain serba boleh ini menjadi tonggak utama negara ketika kempen kelayakkan Piala Asia bawah 22 tahun dan Sukan SEA 2017. Paling menarik perhatian adalah ketika Malaysia menentang Indonesia pada peringkat separuh akhir. Kata-kata semangat Adam menjadi tular di laman sosial. Adam mengatakan “dengan Indonesia kita tak boleh kalah brader”. Anda boleh tengok videonya di bawah.


Sumber Video: kaki tube

2. Irfan Zakaria

Kredit Gmbar: IG Irfan Zakaria
Pemain serba boleh ini menjadi nadi di bahagian pertahanan bersama Adam Nor Azlin ketika Sukan SEA 2017 dan kempen kelayakkan Piala Asia tempoh hari. Ketenangan dan juga ketepatan beliau memang menjadi kriteria utama untuk calon ketua pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

3. Matthew Davies

Kredit Gambar: FourFourTwo
Pemain ini diberi tanggungjawab menjadi ketua pasukan Pahang pada usia 21 tahun musim lalu. Musim 2017, beliau sekali lagi diberi tanggungjawab tersebut dan Davies menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga menjadi sebahagian daripada skuad negara yang layak ke Piala Asia bawah 22 tahun dan meraih pingat emas Sukan SEA 2017. Anda boleh lihat prestasi cemerlang Davies ketika Sukan SEA 2017 di bawah.


Sumber Video: Rise of the panthers

4. Safawi Rasid.

Sumber Gambar: 90minit.com
Pemain ini menjadi bintang utama ketika Malaysia memenangi pingat perak Sukan SEA 2017. Pawi mampu bermain sebagai pemain sayap atau penyerang. Baru berusia 20 tahun, Pawi bukan saja calon kapten, tetapi juga calon untuk mengisi barisan serangan negara satu hari nanti. Steady!

5. Haziq Nadzli

Sumber gambar: The Malaysian Insight
Penjaga gol muda negara ini juga menjadi sebahagian skuad Sukan SEA lalu. Meskipun melakukan kesilapan mudah ketika perlawanan akhir, namun beliau mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin di atas padang. Beliau juga menjadi salah satu calon penjaga gol utama negara.

Leave a Reply