Pasukan Pahang dikenakan hukuman berat apabila mereka menolak untuk mengisi slot AFC yang telah diberikan kepada mereka. Sepatutnya Pahang menggantikan pasukan Kedah dalam kejohanan Piala AFC tahun hadapan. Tetapi, entah apa yang difikirkan oleh PBNP, mereka molak slot tersebut! Alasan mereka menolak slot tersebut ialah mereka mahu fokus untuk saingan Liga Malaysia. Satu alasan yang tak boleh diterima oleh akal yang sihat.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas pasukan Pahang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah Pahang tidak dibenarkan untuk memohon lesen kelab AFC selama dua tahun iaitu pada 2018 dan 2019 bagi menyertai ‘AFC Club Competition’ pada tahun 2019 dan 2020, serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. FAM juga menyatakan bahawa Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) boleh merayu untuk meringankan hukuman tersebut.

Hukuman yang dikenakan ke atas Pahang ini juga boleh dijadikan pengajaran oleh semua pasukan dalam Liga Malaysia.

(Visited 126 times, 1 visits today)

Leave a Reply