Masa depan pemenang anugerah Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017, Shahrel Fikri Fauzi masih lagi menjadi tanda tanya. Pihak pengurusan PKNP FC dan juga Shahrel Fikri sendiri masih lagi belum membuat keputusan sama ada Eki akan kekal atau berhijrah ke pasukan lain musim hadapan. Jika Eki memutuskan untuk berhijrah, sudah pasti ramai pasukan yang mahukan khidmat pemain berusia 24 tahun ini. Haa dalam nukilan kali ni, kami nak senaraikan 5 pasukan yang mungkin disertai oleh Eki.

1. Perak
Nama Eki bukanlah asing dalam arena bola sepak Perak. Beliau pernah mewakili Perak dalam kejohanan Sukma. Meskipun cemerlang, namun Eki tidak diserapkan ke dalam pasukan utama. PKNP lalu datang dan menawarkan beliau tempat dalam skuad utama. Jika Eki menyertai semula Perak, maka Mehmet Durakovic tak payah pening dah nak fikir pasal serangan.

2. PKNS FC
Pasukan PKNS akak dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Datuk K.Rajagopal pada musim hadapan. Jika Eki menyertai PKNS, sudah pasti beliau akan memainkan peranan besar dalam pasukan PKNS. Selain itu, bolehlah Eki beraksi di samping bekas penyerang negara, Safee Sali.

3. Johor Darul Ta’zim
Pasukan ini menjadi idaman kepada kebanyakkan pemain dalam Liga Malaysia. Juara Liga Super 4 kali berturut-turut, juara Piala AFC 2015 serta mempunyai fasiliti bertaraf dunia. Jika Eki menyertai JDT, ia akan menjadi batu loncatan bagus dalam karier beliau.

4. Kedah
Kedah kehilangan dua penyerang utama mereka pasa musim lepas iaitu Ken Ilso Larsen dan Syafiq Ahmad. Ken Ilso dikhabarkan tidak meyambung kontrak manakala Syafiq Ahmad pula menyertai JDT. Jika Eki menyertai Kedah, kami pasti beliau akan digandingkan dengan Sandro di bahagian serangan. Selain disokong oleh Sandro, ada juga Mat Don yang sedia membantu.

5. Kekal Bersama PKNP
Pilihan terakhir ialah Eki kekal bersama PKNP. Kami berpendapat bahawa kekal bersama PKNP adalah satu langkah yang baik untuk Eki. Kami ingin melihat prestasi Eki bersama PKNP pasa musim pertama mereka di Liga Super. Setelah itu, jika Eki berjaya mengekalkan prestasi, barulah beliau boleh menimbangkan untuk berhijrah ke pasukan lain.

Haa itulah 5 pasukan yang kami rasa akan menjadi destinasi Eki pada musim hadapan. Apa pendapat anda ? Adakah anda rasa Eki patut menyertai pasukan selain daripada senarai di atas ? Cuba share dengan kami.

Leave a Reply