Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber gambar: Sports Today News
Mon, 25, Dec, 2017, 9:20 AM | Oleh

5 Destinasi Pilihan Bagi Mohammed Ghaddar.

Masa depan bagi penjaring terbanyak Liga Super 2017, Mohammed Ghaddar masih lagi samar. Kelab beliau sekarang, Johor Darul Ta’zim masih lagi belum mengeluarkan kenyataan sama ada Ghaddar berada dalam perancangan mereka ataupun tidak. Haa jika Ghaddar tidak berada dalam perancangan JDT, kami dah siapkan 5 pasukan yang boleh menjadi destinasi penyerang yang berasal dari Lubnan berusia 32 tahun ini. Enjoy reading guys!

1. Felda United
Ghaddar pernah mewakili Felda pada musim 2013 lali. Namun beliau tidak berjaya ‘meletup’ seperti mana ketika beliau mewakili Kelantan sebelum itu. Ghaddar selalu terpalit dengan isu disiplin.

Menurut kami, Felda sesuai bagi Ghaddar meskipun mereka bersaing dalam Liga Perdana musim hadapan. Jika Ghaddar menyertai Felda, Felda United merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana musim 2018.


2. Melaka United

Kami berpendapat bahawa Ghaddar harus memikirkan semula tawaran Melaka United. Sebelum ini Melaka mahu mendapatkan khidmat Ghaddar, namun beliau menolak. Sementara Melaka belum membeli pemyerang import ni, lebih baik Ghaddar menyertai mereka. Tempat dalam kesebelasan utama sudah pasti menjadi milik Ghaddar.

3. Kedah
Kedah kehilangan Ken Ilso dan juga Syafiq Ahmad bagi musim 2018. Jika Ghaddar menyertai Kedah, beliau berpeluang untuk bekerja di bawah Ramon Marcote. Selain itu, Ghaddar sudah pasti menjadi penyerang utama bagi Kedah.

4. PKNS FC
PKNS FC dianggap ‘underdog ‘ dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan. Pasukan ini akan dibimbing oleh Datuk K.Rajagopal. Jika Ghaddar memyertai PKNS, Ghaddar akan digandingkan dengan Safee Sali ataupun penyerang muda negara, Jafri Firdaus Chew.

5. Perak
Dan pasukan pilihan terakhir untuk Ghaddar ialah Perak. Perak juga boleh dianggap sebagai salah satu pasukan yang boleh mencabar kejuaraan Liga Super musim hadapan. Kami pasti Ghaddar boleh membantu Perak untuk mencabar pasukan besar dalam Liga Super musim hadapan.

Itulah 5 pasukan yang berkemungkinan akan disertai oleh Ghaddar musim hadapan. Kenapa kami tidak mengesyorkan Ghaddar untuk kekal bersama JDT ? Kerana JDT sudah ada Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa. Jadi peluang Ghaddar agak terbatas di situ. Anda ada pendapat mengenai pasukan mana yang Ghaddar akan sertai musim hadapan ? Haa jangan segan nak share dengan kami. Sharing is caring hihi.

(Visited 710 times, 12 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up