Selangor antara pasukan yang mengesahkan skuad utama mereka bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selangor menandatangani 3 pemain import iaitu Evan Dimas, Ilham Udin dan Willian Pacheco. dan hanya mengekalkan Rufino Segovia daripada skuad musim 2017. Selain pemain import, Selangor juga menandatangani beberapa pemain tempatan. Tetapi yang paling menarik perhatian kami adalah beberapa penyerang muda yang ditandatangani. Kami juga mempunyai persoalan. Mampukah penyerang muda ini menyerlah musim hadapan ?

Antara penyerang muda yang Selangor miliki adalah Sean Eugene Selvaraj, Azizul Baharuddin, Faizuddin Abidin dan Badrul Amin Rusalan. Hanya Faizuddin yang dikekalkan daripada skuad musim lalu. Walaupun begitu, beliau hanya memanaskan bangku simpanan dan jarang diturunkan. Sean Eugene Selvaraj pula mewakili Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana musim lalu. Badrul Amin dan Azizul Baharuddin pula membantu Selangor muncul juara Piala Presiden musim lalu.

Kami berpendapat keempat-empat penyerang muda ini mampu untuk menyinar musim hadapan. Dengan melihat pemain seperti Syahmi Safari, K.Kannan dan A.Namathevan yang berjaya menjadi pemain utama pada musim lalu, kami juga yakin penyerang muda ini mampu untuk menembusi kesebelasan utama. Dibantu pula dengan kredibiliti ketua jurulatih, P.Maniam, tidak mustahil Selangor akan menjadi duri dalam daging dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Apa pandangan anda ? Adakah penyerang muda ini mampu untuk menyinar ? Atau mereka hanya duduk memanaskan bangku simpanan ? Mari kongsi bersama kami.

(Visited 319 times, 1 visits today)

Leave a Reply