PAHANG, Jengka - Felda United FC's team pose for a picture during the 2017 Malaysia Super League match between Felda United FC against Sarawak at Stadium Tun Abdul Razak Jengka on 4 March 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Liga Super musim hadapan akan berlangsung tanpa kelibat Felda United. Pasukan bimbingan B.Sathianathan akan bersaing dalam Liga Perdana musim hadapan. Mereka terpaksa turun pangkat kerana pengurusan pasukan Felda gagal untuk menyelesaikan masalah lesen dalam tempoh yang diberi oleh FAM. Sayang seribu kali sayang! Musim 2016 menjadi musim yang diingati oleh peminat bola sepak Malaysia dimana Felda United mencabar JDT bagi kejuaraan Liga Super. Walaupun akhirnya tewas, namun perjuangan mereka masih lagi diingati. Dalam kancah Liga Perdana musim hadapan, mampukah Felda United menjadi juara ?

Felda United membuat persiapan rasmi bagi mengharungi Liga Perdana musim hadapan. Mereka telah berjaya menandatangani beberapa pemain tempatan seperti Syahmim Yahya, Christie Jayaseelan, Azreen Zulkafli dan Khairu Azrin. Selain pemain tempatan, Felda juga menandatangani dua pemain import setakat ini iaitu bekas pertahanan Perak, Thiago Aquino dan bekas pemain PKNP FC, Gilberto Fortunato. Felda hanya mengekalkan seorang pemain import daripada skuad musim lalu iaitu Thiago Augusto Fernandez.

Kami berpendapat bahawa Felda mampu untuk meraih kejuaraan Liga Perdana musim hadapan. Selain mempunyai pemain import yang berkaliber, ketua jurulatih mereka, B.Sathianathan pernah membimbing ATM menjuarai Liga Perdana pada 2012. Jadi tidak menjadi satu masalah buat beliau untuk mengulangi hal tersebut.

Apa pendapat anda ? Mampukah Felda United menjadi juara Liga Perdana seperti mana musim 2010 lalu ? Boleh share pendapat anda bersama kami.

Leave a Reply