Pasukan ibu kota, Kuala Lumpur kembali ke dalam kancah Liga Super setelah kali terakhir kita melihat The City Boys bersaing di peringkat tertinggi dalam piramid bola sepak Malaysia ialah pada musim 2012. Pada musim tersebut, Kuala Lumpur menamatkan saingan di tangga terakhir dengan gagal mengutip sebarang kemenangan sepanjang musim. Mereka hanya mampu mencatatkan 5 keputusan seri. Haa pada musim hadapan, mampukah mereka bersaing dalam Liga Super ?

Kuala Lumpur membuat persediaan rapi menjelang saingan musim hadapan. Mereka menandatangani beberapa pemain senior dalam negara. Antaranya ialah Indra Putera Mahayuddin, Firdaus Faudzi, Zaquan Adha dan orang besi, Saifulnizam Miswa aka Poyeng. Kuala Lumpur juga menandatangani seorang pemain import setakat ini iaitu Junior Aperacido. Junior sudah tidak saing lagi dalam saingan Liga Super kerana beliau pernah mwakili Selangor pada 2013 dan Sarawak pada 2016.

Selain menandatangani beberapa pemain, Kuala Lumpur juga mengekalkan sebilangan besar pemain daripada skuad juara musim lalu. Antara pemain yang dikekalkan ialah penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu, Guilherme De Paula, Paulo Josue, Boburjon Akbarov, Azmeer Yusof, Helmi Remeli dan Zhafri Yahya.

Dengan gabungan pemain import dan juga pemain senior dalam pasukan Kuala Lumpur, kami berpendapat mereka mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain dalam Liga Super. Selain itu, kami juga yakin Kuala Lumpur tidak akan mengulangi tragedi musim 2012 lalu.

Apa pendapat anda ? Adakah Kuala Lumpur mampu bersaing dalam Liga Super musim hadapan ? Boleh share pendapat anda dengan kami.

(Visited 101 times, 1 visits today)

Leave a Reply