Pasukan Sarawak akan bersaing dalam Liga Perdana musim hadapan. Setelah berjuang selama 4 musim di Liga Super, Sarawak akhirnya mengangkat bendera putih pada perlawanan terakhir Liga Super musim lalu. Prestasi yang tidak menentu sepanjang musim telah menyebabkan Sarawak gagal untuk bertahan. Bagi saingan musim hadapan, mampukah Sarawak mengulangi prestasi cemerlang mereka ketika menjuarai Liga Perdana musim 2013 tanpa sebarang kekalahan ?

Setelah tamat perjalanan mereka dalam Liga Super, pasukan Sarawak bagai sudah jatuh ditimpa tangga pula. Mereka terpalit dengan isu kewangan dan diarahkan untuk membayar sejumlah pampasan kepada dua pemain mereka iaitu K.Thanaraj dan Iqbal Suhaimi kerana penamatan kontrak sebelah pihak. Jumlah yang perlu dibayar oleh FAS kepada dua pemain tersebut ialah sebanyak RM 118,000. Banyak tu!

Bagi persiapan bagi musim hadapan, Sarawak dikhabarkan akan menggunakan 100 peratus pemain tempatan bagi mengharungi musim hadapan. Beberapa pemain daripada skuad musim lalu juga telah dilepaskan antaranya Ronny Harun, Tommy Mawat Bada dan Shamie Iszuan. Langkah ini menurut kami adalah langkah yang bijak. Pasukan Sarawak boleh menjimatkan kos pengambilan pemain import. Para pemain juga mempunyai medium untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Mampukah Sarawak mengulangi prestasi cemerlang ketika musim 2013 lalu dengan penggunaan 100% pemain tempatan ? Ataupun mereka akan jatuh tersungkur seperti pasukan ATM yang pernah melakukan hal yang sama pada musim 2016 lalu ? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

(Visited 93 times, 1 visits today)

Leave a Reply