Setelah P.Maniam mengambil alih Selangor pada musim 2017, pasukan tersebut boleh dikatakan bermula daripada kosong untuk saingan Liga Malaysia. Tiada dana, pemain utama mereka berhijrah dan konflik dengan kerajaan negeri membuatkan Selangor harus berdiri di atas kaki sendiri. Pertaruhan yang dibuat oleh jurulatih Selangor, P.Maniam yang menggunakan pemain yang sedia ada dan juga beberapa pemain muda boleh dikatakan berjaya. Selangor mengelak daripada tersingkir dan menamatkan Liga di tangga keenam. Formasi 3-4-3 yang digunakan oleh Maniam juga berhasil. Bagi sainga musim hadapan, adakah P.Maniam masih lagi menggunakan formasi 3-4-3 ?

Di sini kami akan memberikan 4 kemungkinan formasi yang akan digunakan ole P.Maniam.

1. 3-4-3
Formasi ini memberikan kelebihan buat Selangor pada awal musim lalu. Sistem ini juga dibantu oleh kecemerlangan 2 “wing back” Selangor iaitu Syahmi Safari dan Raimi Mohd Nor. Selain dua pemain ini, Adam Nor Azlin yang beraksi cemerlang juga banyak membantu barisan pertahanan Selangor. Musim hadapan kemungkinan besar P.Maniam akan menggunakan formasi ini kembali.

2. 3-5-2
Selangor diperkuatkan oleh pemain tengah terbaik Indonesia, Evan Dimas musim hadapan. Dengan kualiti hantaran yang dimiliki oleh Dimas, barisan serangan Selangor yang mungkin diketuai oleh Rufino Segovia dan Ilham Udin nyata mempunyai kelebihan.

3. 4-2-3-1
Kali terakhir kita melihat Selangor bermain menggunakan formasi ini adalah ketika Zainal Abidin Hassan masih lagi menjadi jurulatih mereka. Musim hadapan, dengan pemain yang ditandatangani, mungkin P.Maniam akan menggunakan formasi ini. Evan dan Saiful boleh mengisi bahagian tengah, Alex dan Joseph mengisi posisi sayap manakala Amri dan Rufino menjadi penggempur utama.

4. 4-3-3
Formasi ini juga kali terakhir digunakan semasa Zainal menjadi jurulatih Selangor. Jika P.Maniam menggunakan formasi ini musim hadapan, barisan 3 serangkai mereka akan diterajui oleh Rufino, Alex dan Joeph Kalang Tie. Di bahagian tengah pula P.Maniam boleh meletakkan Evan Dimas, Amri Yahyah dan Saiful Ridzuwan.

Haa itulah 4 formasi pilihan kami yang berkemungkinan digunakan oleh P.Maniam. Anda rasa boleh pergi jauh tak formasi di atas ni ? Atau anda ada formasi lain ? Meh bincang dengan kami.

Baca Juga: P.MANIAM HARUS ADA “BACKUP” PLAN!

Leave a Reply