Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber gambar: Jelajah sukan
Thu, 28, Dec, 2017, 1:00 PM | Oleh

Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di Luar Negara (Part 2)

Pada artikel sebelumnya, kami telah membawakan 5 pemain yang pernah bermain di luar negara dan di mana mereka sekarang. Haa pada penulisan kali ini, kami akan membawakan 5 lagi pemain yang pernah bermain di luar negara dan di mana mereka sekarang. Enjoy guys!

1. Wan Zack Haikal

Sumber gambar: Goal.com

Pemain sayap lincah ini mula menempa nama bersama Felda United. Pada 2008, Wan Zack terpilih untuk menyertai program Harimau Muda. Ketika menjalani latihan di Slovakia, prestasi Wan Zack menarik minat kelab FC Vion Zlate Moravce. FC Vion meminjam Wan Zack bagi tempoh 3 bulan. Namun beliau gagal untuk membuat sebarang penampilan kompetitif bersama Vion. Setelah meinggalkan Vion, Wan Zack menyertai kelab Jepun, FC Ryukyu. Baru saja menyertai FC Ryukyu, Wan Zack ditimpa kecederaan serius di bahagian lutut yang menyebabkan beliau berehat panjang. Wan Zack memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan mewakili Kelantan pada musim 2014-2016. Kini, Wan Zack mewakili Felda United.

2. Nazirul Naim

Sumber gambar: Obses bola

Nazirul Naim menjadi salah satu pemain yang menyertai FC Ryukyu bersama Wan Zack Haikal pada 2013. Namun, kecederaan juga menghantui beliau. Kontrak Nazirul bersama FC Ryukyu dibatalkan kerana kecederaan panjang. Setelah itu, beliau kembali menyertai Harimau Muda. Setelah tamatnya program Harimau Muda, Nazirul Naim memutuskan untuk menyertai pasukan Perak. Sehingga saat ini, beliau masih lagi bersama Perak.

3. Rudie Ramli

Sumber gambar: Youtube

Rudie Ramli menjalani latihan bersama Bayern Munich pada usia yang boleh dikatakan muda. Setelah tamat tempoh latihan beliau bersama Bayern, Rudie Ramli menyertai kelab Divisyen Tiga Jerman ketika itu, SV Wehen dengan kontrak selama 5 bulan. Namun Rudie gagal untuk menyerlah bersama pasukan Wehen. Beliau memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan menjadi pengembara dalam Liga Malaysia. Beliau kini mewakili pasukan MOF FC dalam saingan Liga FAM selain memegang jawatan dalam PFAM.

4. Fadzli Saari

Sumber gambar: Sime Darby FC

Selain Rudie, SV Wehen juga menandatangani seorang lagi pemain Malaysia iaitu Fadzli Saari. Tetapi nasib beliau sama seperti Rudie. Fadzli gagal untuk menyinar bersama Wehen. Setelah kembali ke Malaysia, antara pasukan yang diwakili oleh Fadzli ialah Pahang, Selangor dan Sime Darby FC. Sekarang ini beliau mewakili Felcra FC yang layak ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

5. Titus James Palani

Sumber gambar: Kick Bola

15 tahun lalu, nama Titus James Palani menjadi perhatian apabila beliau berjaya menjadi penimbang terbanyak di usia muda. Setelah itu, Titus memutuskan untuk berhjrah ke Perancis dengan menyertai Akademi Le Havre. Titus pernah dipanggil oleh B.Sathianathan untuk mewakili Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2007. Namun beliau gagal untuk meninggalkan Perancis oleh kerana dia terikat dengan syarat permohonan penduduk tetap. Khabarnya Titus sekarang bermain di Divisyen 3 Perancis.

Itulah 5 lagi pemain yang pernah bermain di luar negara dan di mana mereka sekarang. Anda mempunyai senarai lain ? Marilah kongsikan bersama kami.

(Visited 977 times, 32 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up