Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber gambar: FourFourTwo
Sat, 30, Dec, 2017, 8:49 AM | Oleh

Nor Azam Azih Layak Bermain Di Luar Negara?

Prestasi cemerlang pemain bawah 22 tahun negara ketika kejohanan Sukan SEA lalu nyata menarik minat beberapa pasukan daripada luar negara. Khabarnya, dua pemain Johor Darul Ta’zim iaitu Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad akan dihantar ke Portugal. Selain dua pemain ini, kami berpendapat ada seorang lagi pemain yang patut bermain di luar negara. Beliau adalah pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih.

Prestasi cemerlang Azam ketika mengawal barisan tengah negara bersama Syamer Jutty Abba nyata membuka mata ramai pihak. Kita boleh lihat ketenangan beliau, kawalan bola yang baik dan juga kualiti hantaran Azam yang sangat bagus menyumbang kepada prestasi cemerlang skuad bawah 22 tahun negara. Jika tiada Azam, barisan tengah negara ketika itu boleh dikatakan tidak berfungsi. Sebab itulah beliau dilabel sebagai pemain yang akan menggantikan Safiq Rahim dalam skuad kebangsaan satu hari nanti.

Tidak perlu jauh ke Eropah sana. Cukuplah Azam bermain di saingan Liga Thailand musim hadapan. Kita sedia maklum bahawa Liga Thailand lebih kompetitif berbanding Liga Malaysia. Ramai pemain ternama di Asia Tenggara lebih memilih untuk beraksi di Thailand. Kami yakin jika Azam memutuskan untuk mengembara ke sana, pasti permainan beliau akan lebih matang berbanding sekarang.

Menurut anda, Liga luar negara mana yang sesuai untuk Nor Azam Azih ? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

(Visited 267 times, 3 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up