Setelah Malaysia berjaya layak ke temasya Piala Asia bawah 19 tahun di Indonesia pada tahun hadapan, kita dapat melihat lahirnya beberapa nama yang mampu untuk menjadi pemain bintang pada masa akan datang. Pada nukilan kali ini, kami akan menyenaraikan 5 pemain bawah 20 tahun yang mampu menggegar Liga Malaysia musim hadapan. Enjoy!

1. Nik Akif Shahiran
Pemain tengah menyerang ini dilihat telah menarik minat banyak pasukan di Liga Malaysia kerana memiliki permainan yang sangat matang seawal usia 18 tahun. Kepakarannya dalam membuat hantaran serta mencipta gol menjadi nadi utama pasukannya dalam menjana serangan. Nik Akif dijangka akan bersama skuad senior Kelantan pada musim 2018 peluang besar buatnya untuk lebih menonjolkan potensi bakatnya.

2. Zafuan Azeman
Pemain muda yang baru menyertai skuad Lang Merah ini dijangka mampu menggantikan bekas pemain Kedah, Syafiq Ahmad yang memilih untuk berhijrah ke selatan tanah air. Bagi pengendali Malaysia bawah 19 tahun, Bojan Hodak menganggap Kedah pilihan tepat buat Zafuan Azeman kerana Kedah sering mengetengahkan pemain-pemain muda dalam pasukan dan peluang yang lebih banyak buat Zafuan untuk disambar.

3. Akmal Azmi
Pemain muda Kedah yang berusia 19 tahun ini baru sahaja diberi beberapa peluang bersama skuad senior pada musim lalu. Akmal dijangka mampu bersaing merebut tempat dalam skuad utama Lang Merah musim hadapan. Pakar sepakan percuma, Akmal dilihat berpotensi tinggi dan bersesuaian dengan corak permainan yang diterapkan pasukan Kedah, malah beliau mampu mengejutkan pihak lawan dengan percubaannya membuat rembatan jarak jauh yang mampu menewaskan penjaga gol lawan.

4. Hadi Fayyadh
Pemain yang baru berusia 17 tahun ini mempunyai ‘sizing’ yang baik sebagai penyerang dan telah membuktikan kemampuannya bersama skuad Malaysia bawah 19 dan Malaysia bawah 22 tahun. Hadi mempunyai kualiti penyudah yang baik dan dijangka mampu memikat pengendali utama Johor DT, Ulisses Morais untuk sekali lagi memberi peluang kepadanya.

5. Akhyar Rashid
Pemain Kedah yang bertubuh kecil dengan nama jolokkan ‘Neymar Kedah’, Akhyar memiliki ketangkasan dan kepantasan dalam melakukan serangan pantas serta sentiasa mahukan bola untuk melakukan sesuatu dalam perlawanan.Akhyar juga seorang pemain yang mempunyai keazaman tinggi.

Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Izecson Ian. Anda mempunyai artikel menarik untuk dikongsi ? Jangan segan-segan kongsi dengan kami.

Leave a Reply