Sejak kita memenangi pingat emas Sukan SEA pada 2009, ramai penjaga gol berkaliber yang telah mewakili skuad kebangsaan. Antara nama yang paling diingati ialah Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee, Farizal Marlias dan Khairul Azhan. Keempat-empat penjaga gol ini boleh dikatakan penjaga gol senior skuad kebangsaan. Sudah tiba masa bagi penjaga gol muda untuk tampil dan menggalas tugas pemain senior ini. Dalam nukilan kali ini, kami akan menyenaraikan 5 penjaga gol negara kita pada masa hadapan.

1. Ifwat Akmal

Sumber gambar: Instagram Ifwat Akmal

Penjaga gol muda ini memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik 2017. Musim 2017 boleh dikatakan musim gemilang buat penjaga gol berusia 21 tahun ini. Beliau berjaya membantu Kedah memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun tewas kepada JDT. Kami yakin beliau mempunyai masa depan yang cerah sebagai penjaga gol kebangsaan satu hari nanti.

2. Haziq Nadzli

Sumber gambar: Bernama

Penjaga gol JDT ini menjadi pilihan utama Datuk Ong Kim Swee ketika Sukan SEA 2017. Beliau beraksi cemerlang sehingga membantu Malaysia mara ke perlawanan akhir. Namun ketika perlawanan akhir, beliau membuat kesilapan dengan menumbuk bola ke gawang sendiri. Hasilnya Malaysia tewas di tangan Thailand. Walaupun begitu, Haziq mampu untuk menjadi penjaha gol nombor satu negara pada masa akan datang.

3. Hafizul Hakim

Kredit gambar: Sport247

Penjaga gol Perak ini dipanggil oleh Nelo Vingada ketika kempen kelayakkan Piala Asia 2019. Anda tentu masih ingat Hafizul Hakim menyelamatkan sepakan penalti pemain Hong Kong untuk Malaysia meraih satu masa di Stadium Hang Jebat ketika itu. prestasi Hafizul bersama Perak juga memberangsangkan. Beliau berjaya membantu Perak mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia dan menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima. Beliau antara nama yang bersaing untuk tempat dalam kesebelasan utama.

4. Izham Tamizi

Sumber gambar: Asiana.my

Izham Tarmizi menjadi penjaga gol utama JDT selepas Farizal Marlias digantung selama setahun oleh AFC. Dan beliau tidak mengecewakan. Izham berjaya membantu JDT memenangi Liga Super buat kali keempat berturut-turut. Selain gelaran Liga Super, Izham juga membantu JDT memenangi Piala Malaysia tahun ini. Masih lagi berusia 26 tahun, Izham mempunyai peluang yang baik untuk mewakili skuad kebangsaan.

5. Farhan Abu Bakar

Sumber gambar: Kedah FA

Penjaga gol berusia 24 tahun ini akan mewakili Petaling Jaya Rangers dalam sainga Liga FAM musim hadapan. Bekas penjaga gol skuad Sukan SEA 2015 ini menjadi penjaga utama Kedah pada awal musim 2016. Namun, setelah Ifwat Akmal menampilkan prestasi yang cemerlang, beliau langsung menjadi piliha kedua. Kami percaya apabila beliau diberi kepercayaan untuk menjadi penjaga gol utama PJ Rangers musim hadapa, Farhan dapat mengembalikan semula ketangkasan beliau.

Haa itulah 5 penjaga gol yang menurut kami antara penjaga gol utama negara pada masa akan datang. Anda mempunyai calon lain ? Bolehlah share dengan kami.

Leave a Reply