Terengganu is back! Haa itulah kata-kata para peminat Terengganu apabila pasukan pantai timur tersebut kembali ke saingan Liga Super musim hadapan. Terengganu sepatutnya mampu menjadi juara Liga Perdana, namaun entah dimana silapnya. Mereka tewas kepada PKNP FC pada perlawanan terakhir Liga. Meskipun Kuala Lumpur juga tewas, namun mereka mempunyai kelebihan jaringan ke atas Terengganu sekaligus menobatkan mereka sebagai juara.

Terengganu membuat persiapan rapi menjelang perlawanan pembukaan Liga Super pada 3 Februari. Terengganu juga antara pasukan terawal yang mengesahkan skuad utama mereka. Terengganu menandatangani 4 pemain import baru. Empat pemain tersebut adalah Thierry Chanta Bin, Igor Zonjic, Lee Andrew Tuck dan Kim Hyun-woo. Terengganu hanya mengekalkan satu pemain import daripada skuad musim lalu iaitu Kipre Tchethce. Selain pemain import ini, Terengganu juga menandatangani beberapa pemain tempatan antaranya Wan Ahmad Amirzafran, Wan Azraie Wan Teh, Hasni Zaidi Jamian dan penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Perdana 2017, Abdul Malik Mat Arif.

Melihat senarai pemain yang dibawa masuk, kami berpendapat Terengganu FC I mampu untuk mencabar JDT bagi kejuaraan Liga Super. Selain faktor pemain, reputasi ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti yang pernah membimbing Felda mencabar kejuaraan Liga pada 2016 juga menjadi faktor. Tak mustahil Irfan boleh mengulangi magis beliau.

Menurut anda, mampu ke Terengganu ni cabar JDT untuk mahkota Liga Super ? Bincangkan secara ilmiah.

Leave a Reply