Ketika kempen kelayakkan Piala Asia 2019, skuad negara kita hanya mampu mengutip 1 seri dan mengalami 5 kekalahan. Kita boleh melihat selain barisan serangan kita yang tumpul, barisan pertahanan negara juga senang dibolosi pihak lawan. Haa dalam tulisan kali ini, kami menyenaraikan 5 gandingan pertahanan yang boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan.

1. Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria
Ketika kempen kelayakkan Piala Asia bawah 22 tahun dan juga Sukan SEA 2017, kita boleh melihat betapa kukuhnya barisan pertahanan negara. Dua pemain yang menjadi nadi ketika itu ialah Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin. Bermain dalam sistem 3 pertahanan, kedua-dua pemain ini membentuk persefahaman yang baik. Kami pun mengesyorkan agar kedua-dua pemain ini dipanggil oleh Tan Cheng Hoe.

2. Fadhli Shas dan Junior Eldstal
Apabila Marcos Antonio cedera dan Aidil Zafuan tidak dalam prestasi terbaik, Fadhli dan Junior digandingkan oleh Ulisses Morais. Dan gandingan ini tidak mengecewakan. Junior berjaya membentuk persefaham yang baik bersama Fadhli. Kedua-dua pemain ini juga tidak asing dalam skuad kebangsaan. Sudah pasti mereka akan cepat menyesuaikan diri.

3. Adib Zainuddin dan Syazwan Zaipol Bahari
Prestasi cemerlang Syazwan bersama PKNP FC berjaya menarik perhatian Datuk Ong Kim Swee untuk memanggil beliau bagi menghadapi Sukan SEA 2017. Adib juga beraksi cemerlang ketika Sukan SEA lalu. Walaupun hanya memanaskan bangku simpanan, kami yakin Syazwan dapat membentuk keserasian bersama Adib.

4. Shahrul Saad dan Syazwan Tajuddin
Shahrul dan Syazwan menjadi sebahagian daripada skuad Sukan SEA 2015. Meskipun kedua-dua pemain ini tidak membarisi skuad utama Perak dan Kedah, namun kami percaya jika mereka dberikan peluang untuk beraksi, mereka akan beraksi dengan baik. Syazwan dikenal sebagai “ball palying defender” yang baik ketika beliau belum mengalami kecederaan lutut.

Itu dia 4 gandingan pertahanan tengah yang boleh diambil kira oleh Tan Cheng Hoe. Adakah anda mempunyai gandingan lain yang ingin dikonsgi ? Haa jangan malu-malu kongsi dengan kami.

Leave a Reply