Sukan bola sepak telah mengalami revolusi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bermacam-macam teknologi yang diperkenalkan dalam bola sepak bagi memantapkan lagi sukan bola sepak itu sendiri. Beberapa pengeluar kasut bola ternama seperti Adidas, Nike dan Puma masing-masing memperkenalkan kasut bola terkini mereka. Dalam penulisan kami ini, kami akan menyenaraikan 5 kasut bola paling popular bagi tahun 2017.

1. Adidas Nemeziz 17+ 360 Agility

Kasut ini dipakai oleh penyerang Liverpool, Roberto Firmino dan bintang Barcelona, Lionel Messi. Kasut ini menawarkan “AgilityBandage”, dilengkapi dengan “TorsionTapes” yang direka untuk mengunci kaki dan juga mempunyai kerangka dua kunci yang menyokong pergelangan kaki si pemakai apabila membuat larian pantas. Patutlah kasut ni menjadi pilihan Messi. Memang sesuai dengan gaya permainan beliau.

2. Adidas Ace 17+PureControl

Kasut ini dipakai oleh “Raja Assist” Arsenal iaitu Mesut Ozil, Dele Alli, Juan Mata dan Paul Pogba. Kasut ini mempunyai teknologi Primeknit Upper dan sistem stokin kaki Purecut untuk memastikan kaki si pemakai terkunci di tempatnya. Jika anda ingin menjadi seperti Ozil atau Mata, bolehlah mencuba kasut ni.

3. Nike Mercurial Superfly V Neymar JR

Kasut ini dibuat khas mengikut warna kebangsaan Brazil. Kasut Mercurial Vapor ini direka untuk pemain yang bergantung kepada kelajuan, memberikan cengkaman yang kuat ketika berlari, dan dilengkapi ketepatan yang dilekatkan untuk membolehkan permulaan dan berhenti dengan pantas pantas. Patutlah pemain termahal dunia ketika ini, Neymar gemar memakai kasut ni.

4. Puma Evospeed SL

Kasut yang satu ini dipakai oleh Antoine Griezmann, Sergio Aguero, Marco Reus dan Radamel Falcao. Kasut ini merupakan kasut paling ringan ketika ini dan ia menyumbang kepada kelajuan dan juga ketangkasan pemain yang memakainya. Antoine Griezmann terkejut dengan betapa ringannya kasut ini. Jika idola anda adalah Griezmann, maka bolehlah anda mencuba kasut ni.

5. Nike Magista 2

Kasut ini dipakai oleh Mario Gotze, ketua pasukan Barcelona, Andres Iniesta dan Thiago Silva. Magista 2 ditingkatkan dengan beberapa ciri utama yang menaikkannya ke tahap baru. Kolar pertengahan lebih berkesan, kasut ini adalah salah satu kasut yang paling menarik yang dikeluarkan oleh Nike. Jika anda mahu menggelecek seperti Iniesta, bolehlah anda mencuba kasut ini.

Itulah 5 kasut bola paling popular pada tahun 2017 pilihan panel Inikan Bola. Anda ada kasut kegemaran elain daripada senarai di atas ? Mari kongsikan bersama kami.

Leave a Reply