Sudjarit Jantakol (L) of Thailand vies for the ball with Ibrahim Syahrul Azhari (R) of Malaysia during their qualication match for the upcoming South East Asian Games in Jakarta on November 9, 2011. Malaysia defeated Thailand 2-1. AFP PHOTO / ADEK BERRY

Pemain ini mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA 2011 ketika usia beliau 18 tahun. Beliau dianggap sebagai pemain sayap terbaik yang dimiliki negara ketika itu. Siapakah beliau ? Beliau adalah Syahrul Azwari.

Nama Syahrul Azwari mula menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia apabila beliau dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee untuk meyertai skuad negara ke temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia. Beliau dan seorang lagi pemain, Nazmi Faiz merupakan pemain termuda negara ketika itu. Namun, usia muda tidak menghalang Syahrul daripada beraksi cemerlang dan membantu Malaysia memenangi pingat emas dengan menewaskan Indonesia di perlawanan akhir.

Seterusnya, kecederaan lutut menghalang pemain ini daripada membantu Malaysia untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi lalu. Beliau terlepas temasya Sukan SEA 2013 dimana Malaysia menamatkan temasya di tempat keempat. Setelah mengalami kecederaan yang menyebabkan Syahrul terlepas Sukan SEA 2013, beliau bukan lagi Syahrul Azwari yang sama. Beliau juga gagal untuk mempamerkan prestasi cemerlang bagi skuad negara dalam temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.

Syahrul juga tidak terlepas daripada kontroversi. Sebelum bermulanya musim 2016, beliau menjadi rebutan pasukan Kelantan dan juga Sarawak. Syahrul dikhabarkan menyertai pasukan Sarawak setelah tamat tempoh beliau bersama Harimau Muda. Namun, Kelantan juga mahukan khidmat Syahrul kerana regulasi FAM yang menyatakan seseorang pemain itu haruslah kembali ke negeri masing-masing setelah tamat tempoh mereka bersama Harimau Muda. Akhirnya, kedua-dua pasukan menyelesaikan perkara ini denga cara baik. Sarawak memutuskan untuk meminjam Syahrul daripada Kelantan.

Pada awal musim 2017, Syahrul menyertai Johor Darul Ta’zim II. Meskipun begitu, beliau masih gagal untuk mempamerkan prestasi cemerlang beliau. Kami berpendapat Syahrul perlu bekerja keras musim hadapan bagi mengembalikan semula sentuhan beliau.

Apa pendapat anda ? Adakah Syahrul harus mencari pasukan lain ? Atau beliau kekal bersama JDT II ? Kongsikan pendapat anda.

Leave a Reply