Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: FourFourTwo
Wed, 3, Jan, 2018, 2:00 PM | Oleh

Lucho Dan Diaz: Mimpi Ngeri Pertahanan Liga Malaysia?

Berita kepulangan Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz ke pasukan Johor Darul Ta’zim nyata menggembirakan peminat pasukan dari selatan tanah air tersebut. Gandingan kedua-dua pemain ini pernah menggegarkan Liga Malaysia pada musim 2014 hingga 2015. Musim hadapan, kami juga ternanti-nanti adakah Lucho dan Diaz masih lagi mampu untuk bergandingan dengan baik.

Jorge Diaz menyertai JDT pada pertengahan musim 2014 bagi menggantikan Pablo Aimar. Beliau tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan pasukan. Diaz dan Lucho berjaya membantu JDT memenangi Liga Super dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi tewas kepada Pahang. Pada musim berikutnya, Diaz dan Lucho masih lagi menjadi pilihan utama JDT. Namun pada pertengahan musim, Diaz menyertai Independiente secara pinjaman sekaligus terlepas peluang ketika JDT memenangi Piala AFC 2015.

Kedua-dua pemain ini nyata mempunyai rekod jaringan yang baik. Lucho menjadi penjaring terbanyak bagi DT pada musim 2015 dengan 18 gol dalam semua perlawanan. Diaz pula menjadi penjaring terbanyak Liga Super 2016 dengan 18 gol. Secara keseluruhan, Diaz menjaringkan 32 gol dalam semua kejohanan pada musim 2016.

Jika melihat jumlah gol kedua-dua pemain, boleh dikatakan mereka berdua ini ialah mimpi ngeri bagi mana-mana pertahanan dalam Liga Malaysia musim hadapan. Pendapat anda bagaimana ? Adakah Lucho dan Diaz ni diibaratkan mimpi ngeri buat pertahanan pasukan lain ? Atau anda ada gandingan lain ? Boleh kongsi dengan kami.

(Visited 189 times, 1 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up