Kami pasti anda masih lagi mengingat perjalanan Leicester City yang berjaya menjadi juara Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/2016. Pada awalnya pasukan ini tidak dipandang sebagai calon juara pun, bahkan dipandang sebagai pasukan yang akan tersingkir ke Liga Kejuaraan. Tetapi mereka berjaya menjadi “silent killer” kepada pasukan-pasukan besar di dalam Liga Perdana Inggeris. Meskipun cerita mereka hanya bertahan satu musim, tetapi perjalanan mereka menjadi inspirasi kepada semua. Dan dalam penulisan kali ini, kami ingin bercerita tentang “silent killer” dalam Liga Malaysia musim hadapan iaitu pasukan Perak.

Perak membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Mereka berjaya menandatangani pemain tengah versatile negara, Brendan Gan. Selain itu, Perak juga menandatangani pemain muda PKNP FC, Syazwan Zaipol Bahari. Selain Syazwan, bekas ketua pasukan Pulau Pinang, Rafiuddin Roddin juga menyertai Perak.

The Boss Gaurus mengekalkan dua pemain import daripada skuad musim lalu. Dua pemain tersebut ialah Leandro Dos Santos dan Gilmar Da Silva. Kedua-dua pemain ini menyertai Perak pada pertengahan musim 2017. Gilmar dan Leandro tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan pasukan. Mereka terus menjadi nadi penting pasukan Perak musim lalu.

Perak juga mengekalkan khidmat Mehmet Durakovic. Campuran pemain import dan juga tempatan ditambah dengan kredibiliti Mehmet sebagai ketua jurulatih, kami pasti pasukan Perak boleh menjadi duri dalam daging dalam saingan Liga musim hadapan.

Apa pendapat anda ? Adakah Perak layak digelar “silent killer” ? Atau anda mempunyai pasukan lain yang layak digelar sedemikian ? Kongsikan bersama kami.

Leave a Reply