Melaka United terselamat daripada terjatuh ke saingan Liga Perdana musim hadapan pada perlawanan kedua terakhir Liga Super. Melaka menewaskan Selangor 2-1 bagi memastikan status Liga Super mereka kekal. Musim 2017 lalu, kami boleh katakan Melaka sudah pasti mahu melupakan musim tersebut. Macam-macam hal jadi! Konflik antara pemain dan jurulatih, Eric Williams menjadi tumpuan. Selain konflik, senarai pemain yang dibawa masuk juga menjadi masalah buat Melaka. Banyak lagi yang boleh disenaraikan. Tapi kami pasti anda pun dah tau.

Persiapan Melaka bagi mengharungi musim depan nyata meriah. Lihat saja jumlah pemain baru yang dibawa masuk oleh Melaka. Nama-nama besar seperti S.Chanturu, R.Gopinathan, Azmi Muslim dan tak lupa, Lord Fakri Saarani. Melaka juga telah melengkapkan kelima-lima kuota pemain import mereka. Antara senarai pemain import Melaka ialah Shahdan Sulaiman, Steve Thicot, Tiago Gomes, Yahor Subovich dan pemain yang dikekalkan daripada skuad musim lalu, Jeon Woo Young.

Pasukan Melaka juga mengekalkan ketua jurulatih mereka iaitu Eduardo Almeida. Kita boleh melihat semenjak Almeida mengambil alih, tidak timbul masalah dalaman seperti yang berlaku sebelumnya. Tahap permainan Melaka juga meningkat. Musim hadapan, kami yakin Melaka United tidak akan mengulangi kesilapan musim 2017 lalu.

Apa pandangan anda ? Adakah Melaka United mampu bersaing dalam Liga Super musim hadapan ? Atau mereka akan mengulangi prestasi hambar musim lalu ? Mari kongsikan pandangan anda bersama kami.

Leave a Reply