Prestasi cemerlang pasukan PKNP FC dalam saingan Liga Perdana musim lalu nyata mengejutkan peminat bola sepak Malaysia. Pasukan yang pada awal musim cuma dianggap pasukan pelengkap dalam liga namun pada akhirnya mereka memberikan cabaran yang sengit kepada pasukan-pasukan lain. Dengar turunnya Felda United ke Liga Perdana musim hadapan, maka tempat mereka akan digantikan oleh PKNP FC. Mampukah PKNP menyesuaikan diri dalam kalangan pasukan terbaik dalam negara ?

Faktor utama penyumbang kepada prestasi cemerlang PKNP musim lalu ialah kecemerlangan ketua pasukan mereka iaitu Shahrel Fikri Fauzi. Penyerang Terbaik musim 2017 ini memainkan peranan penting dalam skuad muda PKNP musim lalu. Selain Shahrel Fikri, kejayaan Abu Bakar Fadzim dalam membentuk gandingan antara pemain muda dan juga pemain senior juga menjadi salah satu faktor kejayaan PKNP FC.


Sumber gambar: Goal.com

Bagi musim 2018, PKNP telah menandatangani beberapa pemain import antaranya ialah Keo Shokpeng dari Kemboja dan Yeon Gi Sung dari Korea Selatan. PKNP hanya mengekalkan satu pemain import daripada skuad musim lalu iaitu Ritus Krjauklis.

Masa depan ketua pasukan mereka pula, Shahrel Fikri masih lagi belum menemui titik noktah sama ada beliau mahu kekal bersama PKNP ataupun berhijrah ke pasukan lain. Kami menyarankan untuk Eki tetap bersama PKNP musim hadapan.

Jika Eki kekal bersama PKNP, adakah PKNP mampu menjadi pencabar kepada pasukan lain ataupun hanya sekadar pasukan pelengkap Liga Super ? Boleh kongsikan pendapat anda bersama kami.

Leave a Reply