Ketika ini, pasukan Kedah antara yang menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia kerana kejayaan mereka mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tempoh hari. Musim hadapan, mereka dicanang sebagai pasukan yang mampu mencabar JDT bagi saingan Liga Super. Dalam penulisan kali ini, kami mahu menyentuh tentang seorang pemain yang mampu untuk membantu Kedah dalam mencabar kejuaraan. Pemain itu adalah Farhan Roslan.

Farhan Roslan menjadi sorotan apabila gaya permainan beliau yang mirip dengan Lionel Messi. Sejak itu, beliau dilabel sebagai ‘Messi Kedah’ oleh para peminat. Farhan juga berjaya menembusi skuad utama Kedah pada usia yang muda. Kelincahan serta kawalan bola yang baik memikat hati Tan Cheng Hoe ketika itu untuk menyerapkan beliau ke skuad utama Kedah.

Namun, beliau agak bergelut untuk tampil dalam kesebelasan utama Kedah. Sudah dua musim kebelakangan ini, Farhan menjadi pilihan kedua dibelakang Baddrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon bagi posisi sayap.

Musim hadapan beliau harus bekerja lebih keras lagi bagi membuktikan bahawa beliau layak untuk berada dalam kesebelasan utama Kedah. Kami yakin jika Farhan bekerja keras, sudah pasti Ramon Marcote akan memberi peluang kepada beliau.

Pada pandangan anda, layakkah Farhan berada dalam kesebelasan utama Kedah ? Atau gandingan Baddrol dan Syazwan masih lagi relevan ?

(Visited 264 times, 1 visits today)

Leave a Reply