Baru-baru ini seantro bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita tentang salah satu pasukan dari Liga Perancis, Anger SCO yang berminat untuk mengambil khidmat pemain tenah Kedah, Liridon Krasniqi. Rata-rata peminat mahu Liridon untuk menerima tawaran tersebut dan bermain di Liga Eropah.

Jika Liridon mengambil peluang tersebut, beliau akan menjadi pemain kedua selepas Dickson Nwakaeme yang menyertai pasukan Liga Perancis tersebut. Kami juga menasihatkan Liridon untuk mengambil peluang ini. Liridon boleh memantapkan lagi tahap permainan beliau dengan bermain disamping pemain-pemain terbaik dunia. Siapa yang tak mau lawan Neymar oii!

Selain Liridon yang mendapat kelebihan, Kedah juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan pasukan mereka dalam kalangan Liga Eropah. Dengan itu, nama pasukan Kedah dan juga Liga Malaysia boleh dikembangkan lagi. Kmai berharap pihak pengurusan Kedah dapat melihat peluang ini. Ambil peluang ini Mat Don! Tak payah fikir banyak!

Leave a Reply