Pendatang baru Liga Perdana, Felcra FC membuat persediaan rasmi bagi mengharungi Liga Malaysia musim hadapan. Pasukan yang menggantikan Sime Darby FC yang menarik diri daripada saingan Liga itu nyata tidak mahu sekadar menjadi pasukan pelengkap. Mereka mahu pasukan lain untuk memandang mereka dengan serius.

Felcra FC berjaya membawa masuk beberapa nama besar ke dalam pasukan mereka. Mereka berjaya menandatangani bekas ketua pasukan Selangor dan Perak, Shahrom Kalam. Selain Shahrom, Felcra juga menandatangani bekas ketua pasukan skuad bawah 22 tahun negara, Fandi Othman daripada Melaka United. Bekas pemain T-Team, Asrol Ibrahim dan bekas pemain PKNS FC, Nizam Abu Bakar juga menyertai Felcra. Bagi pemain import pula, Felcra setakat ini menandatangani bekas penyerang Kuala Lumpur, Anselmo Arruda Da Silva atau yang lebih dikenali dengan nama Cassagrande.

Musim hadapan, Felcra juga akan dibimbing oleh jurulatih dari Brazil iaitu Tarcisio Pugliese. Pugliese akan dibantu oleh bekas penyerang pasukan, Fadzli Shari.

Walaupun Felcra kehilangan khidmat N.Thanabalan yang kembali ke pangkuan Negeri Sembilan, kami berpendapat dengan adanya beberapa pemain berpengalaman mampu untuk menjulang Felcra. Kami yakin Felcra mampu untuk bertahan dalam saingan Liga Perdana bagi satu musim lagi.

Apa pendapat anda ? Adakah Felcra mampu untuk mencipta kejutan dalam Liga Perdana ? Mari kongsi pendapat anda.

Leave a Reply