Pasukan PKNS FC akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman negara, Datuk K.Rajagopal bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Setakat ini, PKNS hanya menandatangani beberapa pemain tempatan bagi mengukuhkan pasukan. Bagi pemain import pula, mereka menandatangani pemain Singapura, Faris Ramli dan pemain muda Argentina, Romel Moralez Martinez

Antara pemain tempatan yang menyertai mereka adalah penyerang bawah 22 tahun negara, Jafri Firdaus Chew. Selain Jafri, bekas pemain sayap Perak, Nurridzuan Abu Hassan, Qayyum Marjoni Sabil, Zarif Irfan dan Anas Rahmat bakal memperkuat PKNS FC. Dalam segi pengambilan pemain import pula, kami melihat PKNS mengambil langkah yang tepat dengan mengambil Faris Ramli. Faris sudah biasa dengan Liga Malaysia kerana pernah mewakili pasukan Lions XII.

Prestasi PKNS musim lalu boleh dikatakan memuaskan. Sebagai pasukan yang baru saja naik ke Liga Super setelah beraksi di saingan Liga Perdana pada musim sebelumnya, PKNS berjaya mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana. Pada awal musim 2017, PKNS berjaya mengejutkan beberapa pasukan besar antaranya Kelantan dan juga Selangor. Musim lalu mereka menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Kami berpendapat PKNS mampu untuk menamatkan musim 2018 di peringkat enam terbaik dalam saingan Liga Super. Kredibiliti King Raja sebagai jurulatih berpengalaman negara dan juga barisan pemain yang dimiliki mampu untuk mara lebih jauh. Menurut anda, mampukah PKNS ini mencabar pasukan lain dalam saingan Liga Super ?

Leave a Reply