Skuad kebangsaan Malaysia sedang ketandusan pemain penyerang ketika ini. Dalam satu tahun kebelakangan, kita hanya bergantung kepada Hazwan Bakri untuk menerajui barisan serangan negara. Namun, Hazwan sendiri menjadi pilihan kedua di kelab beliau, Johor Darul Ta’zim. Kekurangan masa bermain sedikit sebanyak menjejaskan prestasi beliau. Pada pandangan kami, untuk mengembalikan semula sentuhan tajam Hazwan, beliau harus berhijrah dan menyertai pasukan lain. Di sini kami senaraikan 4 pasukan yang boleh disertai oleh Hazwan Bakri sekiranya beliau memutuskan untuk berhirah.

1. Selangor
Peminat Selangor sememangnya sayang dengan Hazwan Bakri. Mereka masih lagi mengingati bagaimana dua gol Hazwan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 ketika menentang Kedah melengkapkan Misi 33 Selangor. Musim ini, barisan serangan Selangor hanya mempunyai Rufino Segovia, Faizuddin Abidin dan Sean Eugene Selvaraj. Jika Hazwan menyertai Selangor semula, kami pasti beliau akan digandingkan dengan Rufino.

2. PKNS FC
Pasukan PKNS setakat ini baru menandatangani dua pemain import iaitu Faris Ramli dan Romel Morales Martinez. Bahagian serangan pasukan PKNS setakat ini diisi oleh Safee Sali dan Jafri Firdaus Chew. Jika Hazwan memutuskan untuk menyertai PKNS, Kami pasti pasukan PKNS akan mempertaruhkan gandingan Safee-Hazwan musim hadapan.

3. Kuala Lumpur
Hazwan pernah mewakili Kuala Lumpur pada musim 2009 hingga 2013. Ketika ini, barisan Kuala Lumpur diketuai oleh Guilherme De Paula. Hazwan dan Guilherme pernah bergandingan bersama ketika mewakili Selangor pada musim 2015. Jika kedua-dua ini kembali bergandingan, maka jentera serangan Kuala Lumpur antara yang paling berbahaya sekali.

4. PKNP FC
Prestasi PKNP FC pada musim lalu nyata mengejutkan semua pihak. Antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan tersebut ialah prestasi Shahrel Fikri. Memandangkan Eki besar kemungkinan akan berhijrah ke pasukan lain, kami pasti Hazwan mampu untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Eki.

Haa itulah 4 pasukan yang kami rasa boleh disertai oleh Hazwan. Anda ada cadangan lain ? Mari kongsikan dengan kami.

(Visited 512 times, 1 visits today)

Leave a Reply