Pemain ini dianggap sebagai bakal pertahanan utama negara di masa akan datang. Ketenangan dan ketangkasan beliau mengawal benteng negara menjadi salah satu sebab beliau dipilih sebagai ketua pasukan bawah 22 tahun negara. Siapakah beliau ? Beliau adalah Faris Shah Rosli.

Faris Shah Rosli menjadi perhatian peminat bola sepak negara apabila beliau diangkat menjadi ketua pasukan bagi skuad bawah 22 tahun negara kendalian Frank Bernhardt ketika itu. Hasil prestasi cemerlang Faris juga menarik perhatian pasukan Kelantan. Hasilnya, Faris menyertai pasukan pantai timur tersebut pada permulaan musim 2016. Namun malang tidak berbau. Faris mengalami kecederaan ACL yang mengakibatkan beliau terpaksa berehat panjang. Kecederaan yang dialami oleh Faris Shah juga menjejaskan peluang beliau untuk tampil dalam Sukan SEA 2017 lalu.

Setelah menempuh tempoh pemulihan daripada kecederaan, kini Faris sudah cergas sepenuhnya. Beliau antara pemain yang dikekalkan oleh pengurusan pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Mampukah Faris menemui semula rentak beliau ? Atau Faris akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkannya ? Berikan pandangan anda.

Leave a Reply