PAHANG, Jengka - Felda United FC's team pose for a picture during the 2017 Malaysia Super League match between Felda United FC against Sarawak at Stadium Tun Abdul Razak Jengka on 4 March 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Pasukan Felda United akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan. Kami pasti sesetengah daripada anda kecewa kan. Kelab breprestij seperti Felda United bermain di Liga Perdana. Tetapi, yang lalu biarlah berlalu. Kali ini Felda dilihat sudah bersedia untuk memberi saingan dalam Liga Perdana. Kami berpendapat, Felda United wajib juara! Tiada alasan untuk mereka tidak muncul sebagai juara Liga Perdana.

Persediaan Felda kali ini boleh dikatakan berjalan dengan rapi. Mereka hanya mengekalkan satu pemain import daripada skuad musim lalu iaitu Thiago Augusto. Setakat ini, Felda menandatangani Thiago Aquino daripada pasukan Perak, Gilberto Fortunato daripada PKNP FC dan pemain Filipina, Ian Ramsay.

Selain pemain import, Felda juga berjaya menandatangani beberapa pemain tempatan antaranya bekas pemain mereka iaitu Syamim Yahyah dan Christie Jayaseelan yang sebelum ini mewakili pasukan Pahang.

Jika kita melihat dari senarai pemain yang dibawa masuk, ditambah pula dengab kredibiliti ketua jurulatih Felda, B.Sathianathan, kami percaya Felda mampu untuk menjadi raja dalam Liga Perdana. Jika mereka gagal, kami pasti ramai yang akan kecewa.

Jadi apa pendapat anda ? Adakah Felda mampu untuk menguasai Liga Perdana ? Atau akan ada pasukan lain yang berbuat demikian ? Berikan pandangan anda.

Leave a Reply