Sumber Gambar: Goal.com

Pasukan Kelantan telah melengkapkan kuota pemain import mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Antara pemain import yang berjaya ditandatangani oleh mereka ialah Do Dong-hyun, Cassio de Jesus, Bruno Lopes dan Ferdinand Sinaga. Kelantan hanya mengekalkan pemain tengah iaitu Morgaro Gomis daripada skuad musim lalu.

Kami tertarik untuk mengupas tentang dua penyerang import mereka iaitu Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes. Kedua-dua penyerang ini bermain di saingan Liga 1 Indonesia musim lalu. Bruno mewakili Persija Jakarta manakala Ferdinand Sinaga mewakili PSM Makassar. Bruno berjaya menjaringkan 10 gol buat Persija dalam saingan Liga 1 Indonesia musim lalu manakala Ferdinand Sinaga berjaya menjaringkan 12 gol buat PSM Makassar. Prestasi kedua-dua pemain ini boleh dikatakan memuaskan.

Ferdinand Sinaga menjadi antara 5 pemain Indonesia yang berjaya menjaringkan lebih daripada 11 gol dalam saingan Liga 1 yang didominasi oleh penyerang import. Statistik ini sahaja boleh menjadi kayu ukur kepada prestasi Ferdinand pada musim hadapan. Di saingan Liga kita pula, jarang kita melihat pemain tempatan menjaringkan lebih daripada 10 gol dalam saingan Liga. Paling dekat adalah Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar yang masing-masing berjaya menjaringkan 9 gol musim lalu.

Kami berpendapat Bruno Lopes dan Ferdinand Sinaga mampu untuk membantu Kelantan mengembalikan zaman kegemilangan mereka sepertimana mereka memenangi “treble” pada 2012. Besar kemungkinan kedua-dua pemain ini akan dibantu oleh Do Dong-hyun di barisan serangan. Menurut anda, mampukah duo Bruno-Naga ini mampu untuk membantu Kelantan ?

(Visited 236 times, 1 visits today)

Leave a Reply