Pasukan negara kita akan memulakan cabaran dalam kejohanan Piala Asia Bawah 22 tahun dengan menentang Iraq pada 10 Januari ini. Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama Iraq, Jordan dan Arab Saudi. Satu kumpulan yang boleh dikatakan berliku untuk dilalui oleh pemain negara.

Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee membawa pasukan yang rata-rata dibarisi oleh pemain daripada skuad Sukan SEA lalu. Sebagai tambahan, OKS juga menyenaraikan beberapa pemain daripada skuad Bawah 19 tahun negara seperti Hadi Fayyadh, Nik Akif Syahiran dan Akhyar Rashid.

Di sini kami ingin berkongsi kepada anda kesebelasan utama pilihan Inikan Bola bagi perlawanan pertama negara menentang Iraq.

1. Haziq Nadzli

Sumber Gambar: Bernama

Haziq tampil dengan cemerlang sepanjang kempen Sukan SEA. Meskipun membuat kesilapan pada perlawanan akhir, namun menurut kami beliau harus segera melupakan peristiwa tersebut dan menumpukan fokus pada temasya kali ini.

2. Adib Zainuddin

Sumber Gambar: FourFourTwo

Adib menunjukkan prestasi yang baik ketika temasya Sukan SEA lalu. Beliau yang diangkat menjadi ketua pasukan berjaya membentuk persefahaman yang baik bersama Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin.

3. Irfan Zakaria
Muhammad Irfan Zakaria(17) during 2018 AFC U-23 Championship Qualifiers match Group H on 19 July 2017 at Supachalasai National Stadium Bangkok, Thailand. Photo by Mohammad Nur Ridzuan / www.asiana.my

Pemain serba boleh ini tampil cemerlang mengawal kubu pertahanan negara ketika temasya Sukan SEA lalu. Gandingan beliau bersama Adib dan Adam berjaya membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir.

4. Adam Nor Azlin

Sumber Gambar: FourFourTwo

Pemain yang satu ini menjadi nadi utama negara dalam barisan pertahanan ketika Sukan SEA lalu. Anda tentu masih ingat bagaimana kata-kata semangat Adam berjaya memberi inspirasi bagi rakan-rakan yang lain untuk menewaskan Indonesia di peringkat separuh akhir.

5. Matthew Davies

Sumber Gambar: FourFourTwo

Kapten Pahang ini menjadi pilihan utama OKS ketika temasya Sukan SEA lalu. Jadi kami rasa Davies akan menjadi pilihan utama bagi temasya kali ini.

6. Syamer Kutty Abba

Sumber Gambar: Football Tribe

Pemain yang baru saja menyertai JDT ini menjadi nadi penting negara di bahagian tengah. Gandingan beliau bersama Nor Azam Azih sudah pasti akan dikekalkan oleh Datuk Ong Kim Swee.

7. Nor Azam Azih

Football match between Singapore and Malaysia at Shah Alam Stadium during 29th Sea Games Kuala Lumpur 2017 on 16th August 2017.
Photo by Mizie Ahmad / MASOC

Nor Azam Azih juga menjadi pemain penting negara di bahagian tengah. Kualiti hantaran serta ketenangan beliau sudah pasti diperlukan oleh OKS nanti.

8. Syazwan Andik

Sumber Gambar: FAM

Pemain JDT II ini beraksi cemerlang dalam posisi yang boleh dikatakan baru buat beliau ketika Sukan SEA. Syazwan mempunyai kualiti hantaran yang baik. Jadi Datuk Ong Kim Swee sudah pasti mahu beliau untuk membarisi kesebelasan utama.

9. N.Thanabalan

fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Thana berjaya menjadi penjaring terbanyak ketika temasya Sukan SEA lalu. Pemain ini terkenal dengan tandukan tajam di dalam kotak penalti. Sudah pasti OKS mahu Thana membarisi barisan serangan negara.

10. Hadi Fayyadh

Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

Hadi berjaya menjaringkan 3 gol ketika membatu Malaysia dalam kempen kelayakkan Piala Asia bawah 19 tahun. Pemain berusia 17 tahun mampu untuk menggalas tugas sebagai penggempur utama negara.

11. Safaqi Rasid

Sumber Gambar: 90minit

Pemain sayap JDT ini berjaya tampil dengan cemerlang ketika temasya Sukan SEA lalu. Kepantasan serta gelecekkan beliau sudah pasti mahu digunakan oleh Datuk Ong Kim Swee untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Haa itulah kesebelasan utama pilihan kami untuk perlawanan pertama skuad negara menentang Iraq pada 10 Januari nanti. Anda ada kesebelasan pilihan anda sendiri ? Mari kongsikan bersama kami.

Leave a Reply