Pasukan bawah 22 tahun negara akan memulakan kempen Piala Asia Bawah 22 Tahun di China menentang pasukan Iraq pada 10 Januari mendatang. Perlawanan pertama ini sangat penting untuk pasukan negara memandangkan keputusan daripada perlawanan ini akan menentukan perjalanan skuad negara dalam temasya kali ini.

Jika berjaya mengutip kemenangan pada perlawanan pertama, pasukan negara mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat seterusnya. Akan tetapi, kami menyarankan agar pemain negara tidak memandang renda pasukan Iraq. Iraq berjaya muncul sebagai juara kumpulan B dalam peringkat kelayakkan. Mereka menjaringkan 12 gol dan hanya bolos 1 gol saja. Melihat daripada statistik ini, barisan pertahanan negara harus lebih kukuh untuk menyekat Iraq.

Adakah pasukan negara mampu untuk mencipta kemenangan ? Ya kami yakin skuad muda negara kita akan mencipta kejutan pada 10 Januari nanti. Melihat daripada prestasi pasukan ketika Sukan SEA lalu, kami yakin anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee akan memberikan cabaran kepada pemain-pemain Iraq. Setelah bertemu Iraq, pasukan negara akan menentang pasukan Jordan pada 13 Januari diikuti dengan pasukan Arab Saudi pada 16 Januari.

Menurut anda, mampukah skuad negara memberi cabaran sekaligus menewaskan pasukan Iraq ? Kongsikan pendapat anda.

Leave a Reply