Setelah Malaysia melalui kempen kelayakkan Piala Asia 2019 yang mengecewakan, terdapat sesetengah peminat yang memberikan cadangan untuk memberikan peluang kepada pemain naturalisai untuk mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang. Mereka menganggap pemain yang sedia ada sudah tidak sesuai untuk mewakili skuad kebangsaan. Di sini, kami bersetuju dengan cadangan ini. Bukanlah kami tidak mahu mengenang jasa mereka yang telah mewakili skuad kebangsaan, tetapi sukan bola sepak itu sendiri telah berevolusi. Jadi kita harus melakukan perubahan bermula daripada sekarang.

Dalam nukilan kali ini, kami akan menyenaraikan 5 pemain naturalisasi yang harus diberi peluang oleh Tan Cheng Hoe untuk mewakili skuad kebangsaan.

1. Natxo Insa

Sumber Gambar: Fourfourtwo

Natxo Insa menjadi sorotan peminat bola sepak negara apabila beliau menyertai JDT daripada kelab Sepanyol, UD Levante pada pertengahan musim 2017. Persembahan cemerlang beliau membuatkan peminat mahu Natxo segera menyarung jersi Malaysia. Namun abang kepada Kiko Insa itu menyatakan hasrat untuk berehat terlebih dahulu sebelum menyarung jersi kebangsaan. Kami yakin pada tahun ini Natxo Insa sudah bersedia untuk mewakili Malaysia.

2. Stuart Wark

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Pemain kelahiran Scotland ini mula menyerlah apabila menyertai Felda United musim lalu. Setelah memlakan karier di Scotland, Wark menyertai JDT II pada 2015. Beliau kemudiannya berpindah ke Sabah dan sterusnya menyertai Felda United di mana kebolehan sebenar beliau terserlah. Kami menjangkakan Tan Cheng Hoe akan memanggil beliau untuk mewakili Malaysia tahun ini.

3. Daniel Ting

Sumber Gambar: FourFourTwo

Pemain kelahiran England ini mewakili pasukan JDT II musim lalu. Daniel Ting sebelum ini pernah mewakili pasukan Negeri Sembilan pada musim 2016. Daniel Ting yang bermain di posisi pertahanan kiri boleh juga diberikan peluang untuk mewakili Malaysia. Beliau boleh bersaing dengan Fazly Mazlan bagi posisi tersebut.

4. Curran Ferns

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Curran Ferns mewakili pasukan Felda United pada musim lalu. Sama seperti Stuart Wark, kebolehan sebenar beliau hanya terserlah ketika beliau mewakili Felda United daripada Negeri Sembilan. Ketika Nelo Vingada baru dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan, terdapat ura-ura bahawa Ferns akan dipanggil. Namun hal tersbeut tidak menjadi kenyataan.

5. Samuel Somerville

Sumber Gambar: FourFourTwo

Penjaga gol berusia 22 tahun ini mewakili Johor Darul Ta’zim II musim lalu. Beliau menjadi pilihan utama Benjamin Mora bagi mengawal pintu gol JDT II musim lalu. Jadi bagi kami, Somerville boleh mencabar Ifwat Akmal, Izham Tarmizi dan Hafizul Hakim untuk slot penjaga gol utama negara.

Haa itulah 5 pemain naturalisasi yang menurut kami harus diberi peluang untuk mewakili Malaysia. Anda ada pemain lain yang boleh dimasukkan dalam senarai tersebut ? Mari kongsi bersama kami.

Leave a Reply