Pasukan bawah 22 tahun negara akan menghadapi pasukan Iraq dalam perlawanan pembukaan kumpulan C temasya Piala Asia Bawah 22 tahu pada esok di Stadium Changshu. Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee dilihat mempunyai peluang untuk mengutip kemenangan sekaligus memulakan kempen dengan langkah kanan. Akan tetapi, kita tak boleh pandang rendah dekat Iraq tau!

Pasukan Iraq nyata garang ketika peringkat kelayakkan. Mereka berjaya menjaringkan sebanyak 12 gol dan hanya melepaskan 1 gol ke gawang mereka. Statistik ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka sangat berbahaya di bahagian serangan dan sangat kental di bahagian pertahanan. Penyerang utama mereka, Ayman Hussein menjadi faktor utama kecemerlangan pasukan Iraq. Ayman berjaya menjaringkan 6 gol ketika kelayakkan, menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak.

Barisan pertahanan negara harus memberi perhatian yang lebih kepada penyerang Iraq ini. Kami pasti jika barisan pertahanan negara mengambil sikap sambil lewa, Ayman akan menghukum skuad negara. Diharapkan Adam, Irfan dan juga Adib mampu untuk mengulangi prestasi cemerlang mereka ketika Sukan SEA lalu.

Bagaimana pendapat anda ? Adakah hanya Ayman saja yang patut diberi perhatian oleh barisan pertahanan negara ? Aatau ada pemain Iraq lain ?

(Visited 138 times, 1 visits today)

Leave a Reply