Hari yang ditungu-tunggu oleh peminat bola sepak Malaysia akhirnya telah tiba. Hari ini pasukan bawah 22 tahun negara akan menghadapi pasukan Iraq dalam perlawanan pembukaan kumpulan C Piala Asia Bawah 22 tahun. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Chansgu pada pukul 4 petang sebentar saja nanti. Perlawanan pertama ini dianggap penting kerana ia akan menentukan perjalanan kita sepanjang temasya.

Barisan pemain yang akan diturunkan pada perlawanan petang ini harus berjuang habis-habisan dalam mengasak kubu Iraq. Barisan pertahanan negara khususnya harus memberi perhatian kepada barisan serangan Iraq yang akan diketuai oleh penyerang berbisa mereka iaitu Ayman Hussein. Ayman Hussein menjadi penjaring terbanyak ketika peringkat kelayakkan dengan 6 gol. Selain itu, kami berharap cuaca sejuk yang melampau tidak akan menggangu rentak permainan skuad negara.

Ayuh kita berikan sokongan padu kepada pahlawan-pahlawan negara yang akan berjuang membawa nama Malaysia pada petang ini. Kami meramalkan pasukan negara akan menewaskan Iraq dengan jaringan 1-0. Anda pula bagaimana ? Mari kongsikan bersama kami.

Leave a Reply