Sebentar tadi tamat sudah perlawanan diantara Malaysia Bawah 22 tahun menentang pasukan Iraq Bawah 22 tahun di Stadium Changsu. Pasukan negara kita tewas dengan keputusan 4-1. Jaringan tunggal negara dijaringkan oleh pemain sayap, Safawi Rasid. Faktor utama kegagalan skuad negara dalam perlawanan pertama kumpulan C adalah para pemain kita tidak bermain sebagai satu unit di atas padang.

Paling ketara adalah barisan tengah dan juga pertahanan negara yang sedikit longlai. Gol pertama Iraq disebabkan oleh kesilapan Dominic Tan yang menghantar bola kepada pemain Iraq. Kami pasti pada perlawanan seterusnya beliau tidak akan diturunkan. Adib Zainuddin atau Syazwan Zaipol akan mengambil tempat beliau. Bahagian tengah negara pula seakan-akan tidak berfungsi. Nor Azam Azih tidak menjadi pada perlawanan hari ini. Tiada hantaran berbahaya daripada beliau. Bagi mengeruhkan keadaan, gol keempat Iraq berpunca daripada kelalaian beliau. Gandingan Azam dan Danial Amier juga dilihat tidak relevan. Pada perlawanan seterusnya, kami menjangkakan Azam akan digandingkan dengan Syamer Kutty Abba. Kami sebenarnya agak terkejut Syamer tidak diturunkan.

Di sini kami juga memberikan rating kepada setiap pemain yang bermain hari ini. Jemput tengok rating pemain negara.

1.Ifwat Akmal: 5/10
2. Dominic Tan: 3/10
3. Adam Nor Azlin: 5/10
4. Irfan Zakaria: 5/10
5. Nor Azam Azih: 4/0
6. Danial Amier: 4/10
7. Matthew Davies: 5/10
8. Syazwan Andik: 4/10
9. N.Thanabalan: 4/10
10. Jafri Firdus Chew: 4/10
11. Safawi Rasid: 6/10

Pemain Gantian:
1. Akhyar Rashid: 6/10
2. Kogileswaran Raj: 4/10
3. Nik Akif Syahiran: 4/10

Berikut adalah statistik perlawanan Malaysia menentang Iraq.

Sumber Gambar: AFC

Bagi perlawanan seterusnya menentang Jordan pada 13 Januari, kami berharap Akhyar Rashid dan Syamer Kutty Abba diturunkan. Kita boleh melihat barisan serangan kita bagai kembali daripada tidur apabila Akhyar dimasukkan. Banyak percubaan yang dilakukan oleh penyerang Kedah ini. Bagi Syamer pula, beliau akan memberikan kestabilan di bahagian tengah negara.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang harus diambil oleh Datuk Ong Kim Swee bagi memperbaiki pasukan menjelang perlawanan kedua menentang Jordan ? Dan pemain manakah yang harus dimasukkan ? Mari pandangan anda bersama kami.

Leave a Reply