Tahukah anda, dunia beredar mengikut peredaran zaman. Zaman sekarang kerjaya dalam bidang kesukanan, terutamannya sukan bolasepak bukan saja digalas oleh kaum Adam saja, malah kaum Hawa juga sudah mula berjinak-jinak menceburi bidang ini. Hmm, pastinya penyokong bolasepak tempatan terutamanya lelaki sudah pasti terpesona dan bergetar tulang rusuk mereka dek kerana penampilan dan cara penyampaian pengacara wanita ini. Berikut kami kongsikan senarai pengacara wanita bolasepak Malaysia, jangan berdarah hidung pulak ye, hehehe.

This will display an animated GIF

 

1) Aina Suzaily

(Foto Instagram: @ainasuzaily)

Nak piala ke nak pengacara? Ramai sudah tahu gadis cantik manis ini berbakat besar dalam bidang pengacara. Personalitinya yang menawan membuatkan kita semua tertawan. Korang pasti tertunggu-tunggu kan bila perlawanan nak habis? Sebabnya nak tengak Aina menemu-ramah jurulatih dan pemain dalam perlawanan Liga Malaysia di TV3 ataupun TV9.

 

2) Jasmine Suraya


(Foto Instagram: @jasmine_suraya)

Sekali pandang macam Melayu, dua kali pandang macam Cina. Tak lain tak bukan, dialah Jasmine Suraya! Jasmine ni fasih dan petah berbahasa Melayu tau walaupun berketurunan Cina Sarawak. Wuuuu~
Jasmine juga pernah melakon kan filem KL Wangan (2017). Banyak nya bakat Jasmine ni!

 

3) Dayang Zainatull Aqma


(Foto Instagram: @dayangatul)

Merah buatkan abang lemah. Huhu. Siapa yang tak kenal dengan Dayang ni! pengacara sukan Astro Arena yang popular sekarang ni. Kecik molek je orangnya tapi berbakat besar dalam bidang pengacara. Untunglah si Razman Roslan (dalam gambar) dapat bergambar dengan Dayang. Korang bila lagi??

 

4) Michelle Lee

 


(Foto Instagram: @mich8lee)

Dialah pengacara sukan yang ceria, dia juga penyampai radio kerana petah berbicara, dan paling penting dia juga peminat tegar Manchester United. Untuk penyokong M.U korang pernah jumpa Michelle dekat mana-mana ke? Kalau jumpa boleh la bergambar sekali dengan dia. Untung Rimau tu.

 

5) Nadia Nash

 


(Foto Instagram: @nadianash)

Bukan sahaja pandai mengacara, tetapi dia juga suka mengembara. Nadia menceritakan pengembaraan yang dilaluinya melalui travelog video di Youtube dalam siri yang bertajuk “Wandernad”. Boleh la korang tengok lepas ni. Lagi satu, nak dengar suara Nadia ni, selalunya setiap hujung minggu akan ke udara menerusi radio Fly FM, hati penulis pun rasanya ingin fly ke hatinya. Cia..cia..ciaaa.

 

6) Reem Shahwa

 


(Foto Instagram: @reemshahwa)

Pewwiiiitttt ~ pengacara sukan Astro SuperSport ini sungguh menawan apalagi melihat senyumannya. Pastinya luluh hati para lelaki Malaysia. Reem ini juga petah berbahasa Inggeris tau, kerana dari kecil lagi Reem belajar di sekolah antarabangsa dan diasuh bertutur Bahasa Inggeris. No problem, asalkan kita tahu maksud “I Love Youhaha.

Itulah beberapa senarai pengacara sukan wanita Malaysia yang telah kami sajikan untuk anda. Kesemuanya memang mempunyai bakat yang tersendiri. Penulis ucapkan tahniah kepada mereka kerana menceburi bidang ini dan penyampaian mereka memang terbaik di hati pendengar. Teruskan usaha anda. Jangan lupa juga untuk sentiasa bersama kami dalam senarai yang berikutnya tau! tunggu dan nantikannya.

p/s: Ada artikel yang menarik? Jangan segan-segan pm kami untuk hantarkan artikel anda! Mana tahu karangan anda terpilih dan kami akan public kan di website dan laman sosial kami! #InikanBola

(Visited 532 times, 1 visits today)

Leave a Reply