Di zaman serba moden ini, media sosial sudah menjadi keperluan asas kepada umat manusia di seantero dunia ini. Media sosial merupakan destinasi pertama yang dituju jika seseorang itu mahu mencari maklumat tertentu. Dalam dunia bola sepak pula, media sosial dianggap sebagai medium utama untuk peminat mendapat berita terkini tentang pasukan kegemaran mereka. Di sini kami akan memberikan hujah tentang pentingnya media sosial dalam dunia bola sepak.

1. Sebagai medan untuk peminat mendapatkan maklumat terkini
Cara paling cepat untuk peminat mendapatkan maklumat terkini tentang pasukan mereka ialah melalui platform media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram. Maklumat seperti kecederaan pemain, pemain mana yang akan diturunkan dan juga perpindahan pemain. Jadi pihak kelab harus menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas dan juga pantas.

2. Mendapatkan tajaan melalui “post” di media sosial
Bagaimana kelab itu boleh mendapatkan tajaan melalui post di media sosial ? Kami berikan satu contoh. Satu syarikat korporat mahu untuk memasarkan produk terbaru mereka. Jadi, syarikat tersebut mahu menggunakan platform media sosial Johor Darul Ta’zim memandangkan mereka mempunyai “followers” dan “likers” yang banyak. JDT bersetuju untuk syarikat korporat tersebut menggunakan platform media sosial mereka dengan syarat syarikat tersebut harus membayar sejumlah amaun yang ditetapkan. Seperti contoh, syarikat tersebut boleh meminta pemain JDT untuk mencuba produk tersebut dan video atau gambar pemain itu akan tertera di laman media sosial JDT. Di sini, JDT berjaya mendapatkan wang tajaan daripada proses ini.


Sumber Gambar: 101greatgoals.com

3. Platform bagi peminat yang tidak dapat menyaksikan perlawanan secara langsung
Sebagai peminat, tidak dinafikan bahawa kita tidak dapat melihat kesemua perlawanan pasukan kegemaran kita kerana ada komitmen lain yang harus dipenuhi. Jadi bagaimana kita mahu mengikuti perlawanan yang kita tdak dapat nak lihat secara langsung ? Menerusi sosial media pasukan. Di Twitter misalnya, pasukan boleh melalukan “live tweet” semasa perlawanan. Di Facebook pula, pasukan boleh menayangkan perlawanan secara “Facebook Live”. Sama juga untuk Instagram. Dengan ini, peminat boleh mengikuti perlawanan di masa saja.

4. Mengeratkan lagi hubungan pasukan dan peminat
Penting untuk pasukan sentiasa berkomunikasi dengan peminat mereka. Seperti contoh, pasukan boleh berinteraksi dengan peminat di Twitter dengan membuat sesi soal jawab antara pemain dengan peminat. Dengan ini, peminat boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pemain pasukan mereka.

Haa itulah 4 faktor mengapa laman media sosial penting untuk pasukan bola sepak. Anda ada pendapat lain mengenai perkara ini ? Mari kongsikan bersama kami.

Leave a Reply