Malaysia tewas dalam perlawanan pertama temasya Piala Asia Bawah 22 tahun kepada pasukan Iraq semalam. Barisan tengah yang tidak berfungsi serta barisan pertahanan negara yang lambat untuk menyesuaikan diri menjadi punca kekalahan skuad negara. Bagi barisan serangan negara pula, pada separuh masa kedua kita baru melihat mereka sudah mulai “panas” dan membuat beberapa cubaan yang berbahaya ke pintu gawang Iraq.

Kami berpendapat bagi memperbaiki barisan tengah negara yang dilihat tidak berfungsi pada perlawanan pertama, jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee boleh memasukkan Syamer Kutty Abba bagi menggantikan sama ada Nor Azam Azih ataupun Danial Amier. Jika OKS mahu mengambil pendekatan berani, beliau boleh menggandingkan Syamer dengan Nik Akif Syahiran. Menarik untuk disaksikan gandingan Syamer dan Nik Akif ni.

Barisan pertahanan juga memerlukan perubahan agar kesilapan sama tidak diulangi. OKS boleh menggantikan Dominic Tan yang dilihat terlalu gugup sehingga membuat kesilapan mudah pada perlawanan semalam. Adid Zainuddin dan Syazwan Zaipol Bahri boleh dipertimbangkan oleh OKS.

Seterusnya, bagi memperkuat barisan serangan, OKS boleh memasukkan penyerang Kedah, Akhyar Rashid. Kita boleh lihat pada separuh masa kedua setelah Akhyar dimasukkan, barisan serangan kita lebih bertenaga. Gandingan Akhyar dan Safawi dilihat mampu untuk mencetuskan ancaman kepada pihak lawan. Seorang lagi pemain yang boleh diberi peluang ialah penyerang JDT II, Hadi Fayyadh. Kami mengharapkan pada perlawanan kedua menentang Jordan pada sabtu, trio Safawi, Hadi Fayyadh dan Akhyar Rashid akan diturunkan.

Apa pendapat anda ? Adakah pada perlawanan kedua nanti Datuk Ong Kim Swee harus membuat perubahan ? Atau kekal dengan perancangan pada perlawanan pertama ? Kongsikan pendapat anda.

(Visited 234 times, 1 visits today)

Leave a Reply