Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: AFC
Fri, 12, Jan, 2018, 1:00 PM | Oleh

Barisan Utama Negara Bagi Menentang Jordan ?

Esok pasukan bawah 22 tahun negara akan menentang Jordan bagi mengharungi perlawanan kedua kumpulan C Piala Asia Bawah 22 Tahun di China. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Changshu dan sepak mula akan bermula pada pukul 4 petang waktu Malaysia. Setelah mengalami kekalahan pada perlawanan pertama di tangan Iraq, sudah pasti anak buah Datuk Ong Kim Swee mahu bangkit. Di sini kami akan berkongsi kepada anda kesebelasan utama yang mungkin akan diturunkan esok.

1. Haziq Nadzli

Sumber Gambar: Bernama

Setelah Ifwat dilihat agak goyah pada perlawanan pertama, kami yakin Datuk Ong Kim Swee akan memberi peluang kepada Haziq untuk pintu gol negara.

2. Adib Zainuddin

Sumber Gambar: FourFourTwo

Kami agak terkejut sebenarnya apabila Adib tidak diturunkan pada perlawanan pertama. Tempat beliau digantikan oleh Dominic Tan dan ianya gagal. Pada perlawanan esok, kami yakin Adib akan diturunkan.

3. Irfan Zakaria

Photo by Mohammad Nur Ridzuan / www.asiana.my

Walaupunpun barisan pertahanan negara dilihat sedikit rapuh pada perlawanan pertama, namun Irfan dilihat bermain baik dengan hantaran jauh dan juga pintasan beliau.

4. Adam Nor Azlin

Sumber Gambar: FourFourTwo

Adam dipilih menjadi ketua pasukan pada perlawanan pertama. Beliau boleh dikatakan bermain dengan baik walaupun tidak mendapat perlindungan daripada barisan tengah negara.

5. Matthew Davies

Sumber Gambar: FourFourTwo

Matthew antara pemain yang menyerlah pada perlawanan pertama. Larian dan juga hantaran beliau membantu skuad serangan negara untuk mencari gol. Kami yakin Davies akan diturunkan pada perlawanan kedua esok.

6. Syamer Kutty Abba

Sumber Gambar: FourFourTwo

Kami agak terkejut dengan tindakan Datuk Ong Kim Swee tidak menurunkan Syamer pada perlawanan pertama tempoh hari. Kita boleh lihat betapa rapuhnya barisa tengah negara pada perlawanan menentang Iraq. Pada perlawanan esok, kami pasti OKS akan menurunkan Syamer

7. Nik Akif Syahiran

Sumber Gambar: FourFourTwo

Pemain muda ini dimasukkan pada lewat separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Iraq. Datuk Ong Kim Swee boleh memberi peluang kepada Nik Akif untuk bermain dalam kesebelasan utama esok.

8. Syazwan Andik.

Sumber Gambar: FAM

Syazwan dilihat lambat untuk menyesuaikan diri pada perlawanan pertama. Namun pada separuh masa kedua, beliau berjaya memperbaiki prestasi dan bermain dengan baik.

9. Akhyar Rashid

Sumber Gambar: KFA

Setelah kemasukkan Akhyar pada separuh masa pertama, barisan serangan negara kelihatan lebih menyerlah. Gandingan beliau dengan Safawi Rasid berjaya membuat beberapa percubaan dan menghasilkan satu gol. Pada perlawanan seterusnya, kami yakin Akhyar akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

10. Kogileswaran Raj

Sumber Gambar: FourFourTwo

Kogi juga dimasukkan pada separuh masa kedua ketika perlawanan menentang Iraq. Beliau beraksi dengan baik disamping Akhyar dan Safawi. Kami berharap Kogi akan diberi peluang oleh OKS pada perlawanan esok.

11. Safawi Rasid.

Sumber Gambar: 90minit

Satu-satunya penyerang yang berfungsi sebelum kemasukan Akhyar dan Kogi. Safawi juga berjaya menjaringkan satu gol ketika menentang Iraq. Pada perlawanan seterusnya, kami yakin Pawi akan diturunkan oleh OKS.

Haa itulah kesebelasan utama pilihan kami bagi perlawanan kedua menentang Jordan esok. Anda ada kesebelasan utama pilihan anda ? Mari kongsikan bersama kami.

(Visited 204 times, 2 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up