Pada artikel yang lepas (Senarai Pengacara Sukan Wanita Malaysia (Bhg. 1)) penulis sudah menyenaraikan beberapa pengacara sukan wanita Malaysia yang berbakat dan penampilannya yang menarik. Kali ini penulis kongsikan senarai berikutnya pula, bukan calang-calang orangnya tau, tentu korang terpikat dan terpesona. Tanpa panjang lebar, berikut senarai pengacara sukan wanita Malaysia bahagian 2 :-

1) Suzana Basri

(Foto Instagram: @suzanabasri)

Siapa yang tak kenal dia ni, ye.. dia lah Suzana Basri, pengacara sukan di Astro Arena. Suzana ni sentiasa ceria dan dia juga seorang yang food lover! tapi tak pernah gemuk pun!. Suzana ni pelbagai bakat yang dia ada, selain pengacara dia juga seorang penulis di blog Stadium Astro, korang boleh la baca blog sukan yang Suzana tulis kat sini. Suzana ni peminat tegar Cristiano Ronaldo jugak, sama macam penulis. Hehehe..

2) Jun Yong

(Foto Instagram: @yongwanjun)

Walawei! Cantikknyaaa..percaya atau tak? Jun Yong ni bukan sahaja pengacara sukan dekat Astro Arena, tapi juga Miss Malaysia Tourism 2012! sekali lagi, Miss Malaysia Tourism 2012! Memang kena laa dengan penampilannya yang menawan. Jun Yong ni pun pelbagai bakat macam pengacara yang lain tau, dia juga petah berbahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Mandarin membuatkan dirinya menceburkan diri dalam bidang ini.

3) Intan Nor Saina


(Foto: Astro Arena)

Pengacara serba boleh, Intan Nor Saina ini pernah bersama indie band, Diary sebagai vokalis. Patutlah Intan ni mampu menyanyi dengan baik dan pernah menjadi rancangan Zon aktif terbitan Astro Ria, program The Chase (TV3), Latido (TV9), Klik, Katakan, Tren-d, Terbang Helang Sukma (RTM), Zon Aktif (Astro Ria), Rock Unite Backstage (ntv7), The Chase (TV3), Galaksi, dan 3 Hari 2 Malam. Fuhh banyaknya! Lagi satu, Intan ni pandai bermain gitar tau! Melting kalau tengok dia main gitar. Jom tengok kat sini.

4) Nur Amira Ibrahim

(Foto: Stadium Astro)

Orang kata, pendek itu comel. Ye tak? Kecik manis orangnya. Hehehe. Pengacara sukan Nadi Arena ini bukan sahaja petah berbicara, malah mempunyai gaya dan personalitinya tersendiri yang membuatkan pendengar tertarik dengan bakatnya. Amira ni juga penulis blog tau di dalam Stadium Astro, nak tau penulisannya, boleh lihat dan baca di sini. Selalu jugak Amira ni bergambar dengan jaguh-jaguh atlet negara kita. Penulis pun rasa teringin nak menjadi atlet, boleh la bergambar dengan Amira ni. Huhuhu

Itulah sahaja yang penulis dapat kongsikan kepada korang semua. Semuanya memang mempunyai pelbagai bakat yang tersendiri. Apa-apa pun, mereka lah yang sentiasa membuat liputan tanpa mengira waktu untuk perkembangan media sukan di negara kita. Syabas dan tahniah penulis ucapkan! Ada pengacara sukan lain yang korang nak kongsikan kepada penulis? Boleh lontarkan pendapat/komen atau cadangan korang semua di ruangan komen! Sekian…

Leave a Reply