Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: FAM
Fri, 12, Jan, 2018, 10:22 AM | Oleh

Wajib Menang Lawan Jordan ?

Pasukan negara bawah 22 tahun akan menghadapi pasukan Jordan dalam perlawanan kedua kumpulan C kejohanan Piala Asia Bawah 22 tahun di Stadium Changshu pada esok. Setelah tewas pada perlawanan pertama menentang Iraq pada Rabu, barisan pemain negara sudah pasti mahu menewaskan Jordan bagi mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya. Akan tetapi, pasukan Jordan bukan calang-calang pasukan.

Pasukan Jordan pula berjaya mengikat seri Arab Saudi dengan keputusan 2-2 pada perlawanan pertama. Jordan berjaya mendominasi perlawanan tersebut dengan menjaringkan dua gol terlebih dahulu sebelum Arab Saudi mengambil kesempatan di atas kelalaian barisan pertahanan Jordan dengan menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan. Di sini sudah jelas, pasukan negara akan menghadapi cabaran yang kuat daripada pasukan Jordan. Selain itu, penyerang Jordan, Baha Faisal Mohammad Seif menjadi pemain yang harus diberi lebih perhatian oleh barisan pertahanan negara kerana pemain ini berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang Arab Saudi.

Pasukan negara wajib menang ke atas Jordan pada esok. Jika kita berjaya memperoleh kemenangan, maka laluan kita untuk melangkah ke pusingan seterusnya akan lebih cerah. Lupakanlah kekalahan kepada Iraq. Kita fokus perlawanan menentang Jordan ini dan memberikan yang terbaik buat Malaysia tercinta.

Apa pendapat anda ? Adakah skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mampu menewaskan Jordan esok ?

(Visited 63 times, 1 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up