Pasukan Pulau Pinang giat mempersiapkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2018. Pada musim 2018 ini, Pulau Pinang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana selepas mengharungi musim yang penuh duka pada 2017. Mereka menamatkan saingan Liga Super 2017 di tangga tercorot. Itu belum ambil kira konflik dalaman dalam Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang. Mereka memang nak lupakan duka musim lalu dan memulakan buku baru musim 2018 ini.

Pulau Pinang berjaya menandatangani beberapa pemain bagi menguatkan pasukan. Bekas pemain Selangor iaitu Raimi Mohd Nor, Ugo Ukah dan Fitri Sazwan menyertai mereka. Selain itu, Penang berjaya menandatangani Jasazrin Jamaluddin, Norhafiz Zamani Misbah, Azinie Taib dan Al Hafiz Hamzah. Bagi pemain import pula, selain Ukah, Penang menandatangani pemain Korea Selatan, Kang Seung-jo. Seung-jo dan Ukah akan menyertai satu-satunya pemain import yang dikekalkan daripada skuad musim lalu, Sanna Nyassi. Selain pemain, Penang juga memperkemaskan barisan kejurulatihan mereka dengan mengambil khidmat K.Gunalan yang musim lalu menjadi pembantu kepada P.Maniam.

Melihat senarai pemain yang dibawa masuk, kami berpendapat Pulau Pinang mahu segera kembali ke kancah Liga Super. Mereka sudah pasti tidak mahu beraksi di saingan Liga Perdana bagi tempoh masa yang lama. Kami yakin Penang akan menjadi pasukan yang akan mencabar Felda United dan Sarawak bagi mahkota Liga Perdana musim 2018.

Apa kata anda ? Mampu ke Pulau Pinang menjadi juara dan seterusnya kembali ke saingan Liga Super ? Atau mereka akan bermain lama di Liga Perdana ? Kongsikan pendapat anda.

Leave a Reply