Siapa yang tidak kenal dengan penyerang yang satu ini. Nama beliau mula menjadi perhatian ketika beliau dipanggil untuk menyertai skuad Piala Dunia Remaja pada 1997. Tetapi beliau disisihkan kerana kecederaan. Pada tahun 2000, penyerang ini dipanggil untuk mengharungi kempen kelayakkan Olimpik 2000 di samping nama-nama hebat seperti Jamsari Sabian dan V.Saravanan. Siapakah beliau ? Beliau adalah “The Bad Boy” Khalid Jamlus.

Khalid dikenali sebagai penyerang yang mempunyai kebolehan di udara dan juga mempunyai naluri penyudah yang baik. Beliau dianggap sebagai “target man” terbaik yang pernah dilahirkan Malaysia. Setelah tempoh beliau bersama skuad projek Olimpik 2000 tamat, Khalid kemudiannya menyertai Perak di bawah kendalian mendiang Karl Heinz-Weigang.

Ketika bersama Perak, Khalid berjaya membentuk gandingan mantap bersama Keita Mandjou dan V.Saravanan. Saham Khalid pun naik mendadak ketika itu. Pada musim 2002, Khalid berjaya menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana 1 dengan 17 gol. Pada tahun yang sama, kelab jerman, Eintracth Frankfurt datang memanggil. Tetapi, entah apa sebabnya beliau gagal untuk mewakili pasukan Jerman itu. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Khalid hanya mahu menjadi jaguh kampung, tetapi beliau menyangkal dakwaan tersebut.

Setelah itu, Khalid mejalani percubaan dengan satu lagi kelab Jerman iaitu Alamanian Aahen. Khalid berjaya menyerlah dengan menjaringkan hatrik pada perlawanan persahabatan. Hasrat Khalid untuk mewakili Aahen tidak menjadi kenyataan apabila jurulatih yang membawa beliau masuk, Olger Obberman dipecat. Khalid setelah itu pulang ke Malaysia.

Setelah kembalinya Khalid ke Malaysia, beliau bergandingan dengan V.Saravanan dalam kejohanan Piala Tiger edisi 2004. Khalid menjadi nadi utama pasukan Malaysia yang mara ke peringkat separuh akhir ketika itu. Persembahan cemerlang Khalid menarik minat satu lagi kelab Jerman, SvGG Greuther Furth. Tetapi kecederaan menghalang beliau untuk mewakili Greuther Furth.

Khalid kemudiannya menyertai Selangor dimana beliau berjaya memenangi treble pada 2005. Beliau kemudiannya menyertai Kelantan pada 2009. Setelah tempoh bersama Kelantan tamat, Khalid menyertai ATM dan seterusnya pasukan PDRM.

Kini Khalid Jamlus menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan pasukan PDRM FA. Kami ingin melihat satu hari nanti Khalid menjadi ketua jurulatih sekaligus melahirkan lebih ramai lagi “target man” seperti beliau di masa akan datang.

Bagaimana dengan anda ? Apa memori terbaik anda tentang Khalid Jamlus ? Mari kongsikan bersama kami.

Leave a Reply