Mari kita lupakan sejenak persiapan pasukan yang akan mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim 2018. Mari kita berbicara tentang fesyen dalam dunia bola sepak. Paling tepatnya ialah jambang yang dimiliki oleh beberapa pemain dalam Liga Malaysia. Bagi sesetengah lelaki, jambang adalah aset yang paling penting. Jadi kali ini kami nak berikan kepada anda 5 pemain yang mempunyai jambang paling menawan dalam Liga Malaysia dan kami akan berikan rating kami kepada mereka.

1. Garry Steven Robbat

Sumber Gambar: FourFourTwo

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim ini mempunyai jambang yang boleh dikatakan sempurna. Mungkin beliau senang hati kerana JDT memenangi Liga Super 4 musim berturut-turut dan memutuskan nak bela jambang tu. Gary Steven boleh bermain sebagai pemain tengah mahupun pemain pertahanan tengah. Musim depan, Gary akan simpan jambang dia atau tidak ? Sama-sama kita nantikan.
Rating Jambang: 8/10

2. Khairul Helmi Johari

Sumber Gambar: Stadium.my

Bekas kapten Kedah ini memang terkenal dengan gaya sempoi dan bersahaja beliau. Khairul Helmi atau yang lebih mesra dipanggil Keon juga mempunyai jambang yang menawan. Musim hadapan beliau tidak lagi memegang jawatan selaku ketua pasukan. Tetapi beliau masih lagi diperlukan dalam kesebelasan utama. Haa anda nak tengok gelagat Keon ? Sila follow Twitter dan Instagram beliau. Confirm pecah perut.
Rating Jambang: 8/10

3. Stuart Wark

Sumber Gambar: Asiana.my

Baca Juga: Senarai Pengacara Sukan Wanita Malaysia (Bhg 1)

Pemain naturalisasi ini akan mewakili Felda United bagi saingan Liga Malaysia musim 2018. Pemain berdarah Scottish-Malaysian ini juga boleh dikatakan mempunyai jambang yang menawan. Patutlah Stadium Tun Abdul Razak di Jengka dibanjiri para wanita. Musim hadapan mesti lebih ramai lagi yang datang ke stadium. Hihihi
Rating Jambang: 7.5/10

4. N.Tahanabalan

Sumber Gambar: Bernama

Hero Malaysia ketika Sukan SEA ini sedang berjuang dalam temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun di China ketika ini. Jambang yang dimiliki Thana pun boleh tahan menarik juga. Para peminat kalau nak tengok jambang Thana secara langsung bolehlah datang ke Stadium Paroi. Beliau akan mewakili Negeri Sembilan.
Rating Jambang: 8.5/10

5. Junior Eldstal

Sumber Gambar: Goal.com

Pemain versatile Johor Darul Ta’zim ini menyertai Gary Steven Robbat dari segi potongan jambang yang sempurna. Junior baru saja pulih daripada kecederaan dan pastinya musim hadapan kita akan melihat kelibat beliau dengan lebih kerap. Selain mempunyai jambang yang sempurna, Junior juga mempunyai perniagaan beliau sendiri iaitu JE Clothing.
Rating Jambang: 8.5/10

Special Mention
Tunku Mahkota Johor

Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

Bapa Pemodenan Bola Sepak Malaysia ini sememangnya dikenali dengan paras rupa baginda yang tampan dan juga elegan. Pemilik Johor Darul Ta’zim ini juga dikenal sebagai sosok yang tegas dan juga lantang dalam perihal bola sepak. Baginda juga memiliki jambang yang menjadi idaman para lelaki di Malaysa ketika ini. Admin pun mahu memilikijambang seperti TMJ ini.
Rating Kami: 10/10

Haa itulah 5 pemain yang menurut kami mempunyai jambang yang paling menawan dalam Liga Malaysia. Anda ada pemain lain yang boleh dimasukkan dalam senarai diatas ? Mari kongsikan dengan kami.

Baca Juga: Senarai Pengacara Sukan Wanita Malaysia (Bhg 2)

Leave a Reply