Kecemerlangan pemain bawah 22 tahun negara ketika temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun di China tempoh hari telah berjaya menarik minat beberapa kelab gergasi di Asia. Khabarnya, kelab gergasi Thailand, Buriram United dan satu kelab dari Liga Jepun yang belum diketahui namanya telah menyatakan minat mereka terhadap penyerang negara dan Kedah, Akhyar Rashid. Di laman media sosial Twitter, khabar ini sedang heboh dan menjadi perbualan peminat bola sepak negara.

Akhyar Rashid antara pemain yang menyerlah membantu skuad muda negara mencipta sejarah dengan mara sehingga ke peringkat suku akhir dalam temasya kali ini. Gandingan beliau bersama Safawi Rasid berjaya mengejutkan beberapa pasukan utama dalam bola sepak Asia seperti Jordan dan Arab Saudi. Dan jika benar Buriram United serta kelab Jepun tersebut mengemukakan tawaran, tak payah fikir panjang Mat Yat. Ambil je peluang tu!

Bagi pasukan Kedah pula, ada beberapa langkah dimana mereka boleh mengambil kesempatan atas senario ini. Yang pertama, KFA boleh memberi kontrak panjang kepada Akhyar Rashid. Kontrak selama 4 atau 5 tahun dilihat sebagai satu perjanjian yang bagus. Dan apabila KFA dan Akhyar sudah menandatangani kontrak tersebut, KFA boleh melepaskan Akhyar secara pinjaman selama satu atau dua musim. Jika KFA bertindak melepaskan Akhyar tanpa satu ikatan, perkara ini jelas merugikan KFA. Jika Akhyar gagal untuk bermain dengan baik di luar negara, KFA masih lagi boleh mengambil khidmat beliau kerana ada ikatan.

Kami berharap Akhyar akan mengambil peluang ini jika benar ada tawaran yang dikemukakan. Sebelum ini, kita hampir menyaksikan seorang penyerang kita bermain untuk Buriram United. Siapa penyerang tu ? Dia adalah kapten PKNS saat ini iaitu Safee Sali. Safee pernah mendapat tawaran untuk bermain bersama Buriram United pada 2012, namun beliau menolaknya. Sampai sekarang, tindakan beliau itu menjadi salah satu kesilapan terbesar dalam karier Safee.

Apa pendapat anda mengenai situasi Akhyar Rashid ini ? Adakah beliau patut menerima tawaran ini sekaligus bermain di liga luar negara ? Atau tak perlu ambil peduli dengan tawaran yang datang ?

Baca Juga: Mampukah N.Thanabalan Menyinar

Siapa je pemain Kedah selain Akhyar yang boleh menynar ? Baca di sini

(Visited 1,488 times, 1 visits today)

Leave a Reply